Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anda Boleh Servis Kereta di Pusat Servis Helix Shell

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Shell Malaysia mengumumkan pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Lim Tayar dimana para pelanggan kini boleh menghantar kereta mereka untuk diservis di semua  stesen minyak Shell.

Menerusi kerjasama ini, para pelanggan boleh  membuat servis kenderaan dengan alat ganti asli, berkualiti tinggi, selain menggunakan minyak enjin Shell.

Para pelanggan tidak perlu bimbang apabila menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis Shell Helix kerana fasiliti itu  diuruskan oleh pasukan professional bertauliah yang telah menjalani Latihan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. 

image.pngimage.png

Ini bagi memastikan semua penyelenggaraan kenderaan menepati piawaian kualiti yang tertinggi.

Malah, fasiliti itu turut menawarkan pemeriksaan yang meliputi aspek servis interim dan menyeluruh, melibatkan elemen penting seperti menukar minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar dan memeriksa transmisi minyak serta lain-lain lagi.

Pengurus Besar, Mobiliti Shell, Malaysia, Seow Lee Ming berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk memperluas perkhidmatan  bagi menawarkan lebih banyak nilai untuk keselesaan pelanggan kami.

image.png

“Jadi dengan kerjasama ini, ia mempunyai potensi yang besar dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang lebih baik danberkualiti tinggi, termasuklah lain-lain keperluan kenderaan di Shell,” katanya dalam satu kenyataan.

Melalui usahasama perniagaan yang strategik ini, Shell dan Lim Tayar kini mempunyai 5 Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang.

Pusat servis Shell di SH Bangi 1

Pusat servis Shell di Jalan 222 Petaling Jaya

Pusat servis Shell di Jalan Cheras BT 12 ½

Pusat servis Sheel di Shell Jalan Cheras Batu 4

Shell Bandar Sri Damansara 3. 

image.png

Dimaklumkan, lima pusat servis lagi akan dibuka menjelang hujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16.

Sempena pelancaran ini nanti, Shell dan Lim Tayar menawarkan pelbagai pakej eksklusif kepada pelanggan.

Bagi setiap pembukaan pusat servis baharu, 5 pelanggan terawal akan menikmati promosi “Beli 1, Percuma 1’ untuk tayar terpilih setiap hari untuk 7 hari yang pertama.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Tag:

Shell Malaysia
Lim Tayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
Berita Auto

Shell FuelSave Diesel Dipertingkat – Tambah Jarak Hingga 19 KM, Enjin Lebih Bersih!

Shell Malaysia sebentar tadi telah melancarkan Shell FuelSave Diesel baharu dan dipertingkatkan secara rasmi untuk pasaran Semenanjung Malaysia.

18-02-2025
Berita Auto

"Malaysia Penting Kepada Shell, Kami Kekal Komited!" – Shell Malaysia

Syarikat minyak dan gas terkemuka antarabangsa, Shell, menegaskan kesetiaannya terhadap perniagaan mobiliti di Malaysia.

10-05-2024
Gaya Hidup

Shell Malaysia Tawar Koleksi RC Star Wars! Dari RM49, Terhad!

Shell Malaysia hari ini telah melancarkan koleksi kereta kawalan jauh (RC) eksklusif, Star Wars Racers.

05-10-2023
Berita Auto

Shell Lancar Produk Penjagaan Kereta, Diskaun 20 Peratus!

Shell baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kenderaan terkini.

13-08-2023
Berita Auto

Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat! Pengguna Catat Perjalanan Lebih Jauh

Pemenang Shell FuelSave 95 Challenge 2023 diumumkan. Penggunaan minyak ternyata lebih jimat!

19-06-2023
Berita Auto

Pergi 15 KM Lebih Jauh Dengan Shell FuelSave 95 Baharu!

Shell hari ini telah melancarkan secara rasmi memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu.

08-02-2023
Berita Auto

Koleksi Shell Motorsport Kini Di Malaysia! Hanya Bayar RM30?

Shell Malaysia hari ini telah melancarkan koleksi sukan permotoran terbaharu, Shell Motorsport Remote Control Collection.

03-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026