Link Copiedcheck_circle
Global

Cayenne S E-Hybrid, Hamburan Kuasa 512 Hp

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Porsche mendedahkan  model SUV hibrid ketiganya, Cayenne S E-Hybrid 2024  baru-baru ini.

Cayenne S E-Hybrid ini  yang disumbat dengan enjin V6 3.0 liter turbo mampu menghamburkan kuasa setakat 512 hp dan tork 750Nm.

Dengan berbekalkan pek bateri berkapasiti 25.9 kWh, ia dikatakan mampu melakukan jarak gerak sifar emisi sejauh 90 kilometer.

image.png

Mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.7 saat.

Sementara itu, kelajuan tertinggi dihadkan kepada 263 km/j.

Selain menyokong pengecasan 11 kW seperti mana dua varian hibrid lain, difahamkan pengecasan penuh memakan masa dua jam setengah.

Ia dikatakan mampu melakukan perjalanan sejauh   90 km 

image.png

Cayenne S E-Hybrid ini juga menerima ciri seperti mana yang ada pada kit premium . Ia sebenarnya adalah ciri standard.

Antaranya seperti suspensi udara adaptif menampilkan dua chamber, dua teknologi injap, roda 20-inci, sistem ekzos dengan dua paip berkembar dalam keluli tahan karat, lampu utama matrix LED (dengan pilihan HD matrix LED) dan tempat duduk boleh dilaras secara lapan arah.

Selain itu, trim luarannya adalah berwarna silver (standard) dan hitam (coupe) selain hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan dilengkapi dengan pakej Sport Chrono.

Dikhabarkan tempahan sudah dibuka namun penghantaran varian Porsche Cayenne S E-Hybrid 2024 ini dijadualkan bermula pada awal tahun 2024.

image.png

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada varian Cayenne yang telah diubah suai ini akan mula dijual melalui Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) atau sebaliknya.

Namun, SDAP telah mula menerima tempahan untuk model Cayenne yang diperbaharui.  Ia  dipasang secara tempatan (CKD) oleh Inokom di kemudahannya di Kulim, Kedah. 

Hanya versi badan SUV standard yang tersedia buat masa ini, dan ia dijual pada harga RM599,999 tanpa pilihan pemperibadian.

Gallery

Tag:

2024 Porsche Cayenne
Cayenne Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Zuckerberg Ubahsuai Porsche Jadi MPV

Zuckerberg sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila Porsche Cayenne Turbo GT diubahsuai menjadi sebuah minivan.

07-10-2024

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026