Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fuh, Banyak Betul Unit Terjual

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor mengakhiri Ogos 2023 dengan pencapaian luar biasa apabila sebanyak 10,275 unit (Toyota + Lexus) terjual pada bulan lepas.

Daripada angka ini, sebanyak    10,033 unit Toyota terjual manakala Lexus pula, 242 unit.

Angka ini meningkat berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

 jumlah keseluruhan jualan tahunan sehingga Ogos 2023 adalah sebanyak 67,283 unit, berbanding 61,639 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Maka, jumlah keseluruhan jualan tahunan sehingga Ogos 2023 adalah sebanyak 67,283 unit, berbanding 61,639 unit pada Ogos 2022.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah sepanjang lapan bulan ini, angka jualan meningkat 9.2 peratus manakala jualan Ogos turut melonjak sebanyak 13 peratus.

Jualan yang melonjak ini juga dilihat ada kaitan dengan usaha Toyota yang terus mengukuhkan lagi penawaran portfolionya dengan pelancaran dua model terbaharunya, Toyota Corolla GR Sport dan Toyota Corolla IMP 2023.

Selain itu, rangkaian Hilux, Fortuner dan Innova turut menerima kemas kini pada bulan September dengan Hilux GR Sport menerima peningkatan kuasa hingga 221hp dan tork 550Nm, menjadikannya pikap paling berkuasa.

image.png

Tailgate Assist juga didatangkan sebagai ciri standard untuk varian Hilux GR Sport, Rogue dan 2.4V. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Hilux, Fortuner atau Innova kini akan mendapat tag RFID sebagai standard untuk semua varian.

image.png

Sementara itu,  Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata seiring dengan visi Move Your World’, pihaknya memperkukuhkan komitmen demi memenuhi keperluan pelanggan.

Datuk-Ravindran-K_Photo-1-(1)-full_normal.jpg

“ Jadi, kami menawarkan model kereta yang didatangkan dengan ciri yang diperlukan buat pelanggan kami di Malaysia.

“ Untuk itu, kami memperkembangkan lagi portfolio dengan kenderaan yang mampu mempertingkatkan pengalaman pemanduan dalam apa cara sekalipun,"' katanya.


Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
corolla IMP
Toyota Hilux GR Sport
Toyota Fortuner
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser

Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.

31-07-2025
Berita Auto

Jualan Toyota Memberangsangkan, Tawar Promosi Menarik Untuk Pelanggan

UMW Toyota Motor (UMWT) melabuhkan tirai bulan Jun 2025 dengan pencapaian positif apabila berjaya menjual sebanyak 7,773 unit kenderaan.

14-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Berita Auto

Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan

Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.

25-06-2025
Gaya Hidup

UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.

28-05-2025
Berita Auto

UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.

20-05-2025
Berita Auto

Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari .

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR

Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.

07-08-2025
Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025