Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Render Proton Hyluq Tersebar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Artis render Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle kembali menyiarkan beberapa imej terbaharunya iaitu Proton Hyluq.

Tetapi jangan keliru dengan nama Toyota Hilux, Hyluq sebenarnya mengambil nama daripada  hailak iaitu nama sinonim untuk trak pikap.

Sebaliknya  Hyluq tidak berdasarkan model trak pikap Toyota kerana Theottle menggunakan sampel Mazda BT50 sebagai imej rendernya manakala reka bentuknya pula diambil daripada Proton X90.

Hakikatnya, Proton Hyluq kelihatan tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan model siri X Proton memandangkan ia bercirikan gril berbentuk berlian yang sama dengan X90 selain rekaan bampar hadapan yang sporty.

Selain bahagian hadapan, ia sebenarnya agak serupa dengan BT50, di mana ia menggunakan lengkungan roda yang menonjol.

image.png

Menjengah bahagian belakangnya pula, tertera perkataan PROTON  di pintu tailgate dan diapit dengan sepasang lampu yang mana ia diubah suai sedikit daripada lampu asal BT50.

Menyentuh mengenai PROTON, nampaknya sudah lama pengeluar kereta nasional, PROTON tidak mengeluarkan model trak pikap seperti sebelum ini iaitu Proton Arena Ute namun malangnya ia kurang laris di Malaysia.

image.pngimage.png

Bagi rakan kongsi strategik Proton, Geely, ia tidak menawarkan sebarang model trak pikap yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam barisannya, namun X90 menjadi salah satu model ICE terbesar setakat ini.

Dikenali sebagai  sebagai Geely Radar RD6, trak pikap serba elektrik ini menyokong platform SEA dan ia dipasang dengan pek bateri dengan kapasiti sehingga 100-kWj.

image.png

Sama ada satu persediaan motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) atau konfigurasi pacuan semua roda (AWD), Radar RD6 menawarkan perjalanan sejauh  600 kilometer dengan hanya sekali cas.

Ia dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat  268 hp.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada Proton memutuskan untuk menggunakan imej render Theottle untuk membangunkan model trak pikap baharu mereka, atau menjenamakan semula Radar RD6.

Apa yang pasti, ramai yang sudah menanti untuk melihat pesaing trak pikap tempatan kerana kita sudah jenuh melihat jenama asing di pasaran sejak sekian lama.

Gallery

Tag:

hyluq
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026