- Berita
- Berita Auto
- Sistem mySikap Tak Boleh Guna Dari 15-17 September

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa sistem mySikap bakal mengalami gangguan capaian pada 15 hingga 17 September ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook JPJ Malaysia semalam.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan itu akan tergendali dari pukul 5 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.
Antara perkhidmatan yang terjejas ialah:
• Kaunter JPJ Cawangan & Negeri.
• Portal Awam, Portal Rakan Niaga
• Integerasi Bersama Agensi, Rakan Niaga.
• Vehicle Entry Permit (VEP) – Pembayaran Wallet.
• Aplikasi MyJPJ.
• JPJeBID
• Kios.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai urusan yang berkaitan, anda boleh menyelesaikan urusan sebelum tarikh itu ataupun menunggu sehingga kerja-kerja penyelenggaraan sistem itu siap dijalankan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
