Link Copiedcheck_circle
EV

Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik

Suhana Veru

Kongsi melalui

smart-Automobile-and-PROTON-management-with-smart--1.jpg

Anak syarikat Proton, Proton New Energy Technology (Pro-Net) mengumumkan kereta jenama  smart #1 sudah boleh ditempah.

Pengumuman itu dibuat selepas smart dan Proton memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) di Nanning, China, semalam.

Jadi bagi yang berminat untuk membeli kenderaan elektrik ini, anda sudah boleh menempah smart #1 melalui Hello smart App dengan bayaran tempahan RM1,000.yang boleh dikembalikan semula.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia,  Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga berada di barisan hadapan sempena ketibaan jenama smart di rantau ASEAN, setelah smart Automobile mengumumkan majlis penyampaian kereta pertama untuk smart #1 di Malaysia.

“Pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023 dengan 9 pengedar kami yang sudah bersiap sedia untuk menyambut mereka.

01-smart--1-Premium.jpg

“Kami juga teruja untuk mengumumkan program manfaat #1 Early Bird, yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang merebut peluang ini untuk menjadi antara pemilik pertama smart #1,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menyentuh mengenai #1 Early Bird, bagi 501 pelanggan pra-pesanan pertama, mereka  akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 .

Kredit pengecasan ini akan dikreditkan ke akaun pemilik selepas smart #1 dihantar ke mereka.

Maka, pemilik akan menikmati pengalaman pengecasan yang lancar melalui aplikasi dan ciri terkini yang mengintegrasikan lebih daripada 70% lokasi stesen pengecasan awam yang sedia ada.

ADA 3 VARIAN:

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia. 

Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang menerujakan sebagai kenderaan elektrik pintar, manakala model smart #1 BRABUS ialah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran yang menarik dan dalaman terang dan dinaik prestasi yang benar-benar melancarkan prestasi nadi elektrik.

image.png

Varian smart #1 Pro menampilkan roda Aloi 19 inci, seretannya rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi. 

Ia yang dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh membuatkan ia mampu bergerak sejauh 315 kilometer dengan hanya sekali cas.

Bagi varian smart #1 Premium pula, ia menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, grl hadapan bercahaya, dan Bateri NMC 66kWh.

image.pngimage.png

Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang dan memberikan jarak WLTP sejauh 440km.

Varian smart #1 BRABUS pula direka untuk mereka yang mahukan prestasi tinggi. Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.9 saat.

Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.

PILIHAN WARNA:

smart #1 Pro boleh ditempah dengan warna luaran Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, dan Future Green. 

Selain lima warna asal, smart #1 Premium turut menawarkan Atom Grey –Matte dan Lumen Yellow. 

image.png

Bagi upholsteri dalaman, smart #1 Pro menampilkan trim standard manakala varian Premium menerima warna Dark Matter, dua tona putih dan hitam, dan kedua-duanya menampilkan Eclipse Black Roof kecuali Atom Grey, pilihan warna matte yang menerima bumbung berwarna badan.

image.png

Sementara itu, smart #1 BRABUS menerima trim dalaman yang eksklusif, dan warna luarannya menawarkan tujuh kombinasi yang berbeza.

Jika memilih bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih daripada warna luaran Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver. 

Jika lebih berminat bumbung Hitam, ia boleh dipadankan dengan warna Digital White, Laser Red dan Cyber Silver.

Akhir sekali, terdapat Atom Grey – Matte yang turut menerima bumbung berwarna badan.

Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan BRABUS – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000. 

Tempahan untuk ketiga-tiga varian smart #1 ini boleh dibuat menerusi aplikasi pintar Hello (Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery) yang dikendalikan oleh smart Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang smart #1, KLIK.

Gallery

Tag:

smart #1 Malaysia
smart#
#brabus
Hello Smart
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
Berita Auto

Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000

Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.

03-10-2024
Berita Auto

Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.

14-08-2024
EV

Jom Test Drive smart di Pusat Beli Belah Bangsar

smart Malaysia telah menambah lokasi baharu iaitu di Bangsar untuk smart Tour Brand Roadshow.

29-07-2024
EV

SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan

smart Malaysia melancarkan program perkhidmatan selepas jualan, smartCare, baru-baru ini.

20-06-2024
EV

Boleh 'Trade-In' Kereta Untuk Dapatkan EV Sempena Kempen ‘Go Green with smart’

smart Malaysia (PRO-NET) telah melancarkan kempen 'Go Green Go smart.' Banyak yang menarik sepanjang kempen ini berlangsung!

17-05-2024
EV

Demi Pelanggan, PRO-Net Tambah Pengecas

RO-NET meluaskan rangkaian pengecasan bagi memenuhi permintaan pemilik yang menggunakan NEV.

07-05-2024
EV

Ada Berita Baik Buat Yang Nak Belajar Tentang EV!

Smart Malaysia kini menawarkan laluan kerjaya bagi mereka yang meminati mobiliti lestari.

02-05-2024

Berita Terkini

EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025