Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Karnival Peugeot & Mazda Pra-Milik Bermaz Anshin , 8-10 Sept Ini – Dari RM110K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bermaz-Anshin-Pre-Owned_BM.jpeg

Karnival Pra-Milik Peugeot & Mazda 


Bercadang untuk membeli kereta pra-milik yang berkualiti dan masih ada waranti? Jom ke karnival kereta pra-milik Peugeot dan Mazda yang dianjurkan Bermaz Anshin bermula hari ini, 8 hingga 10 September 2023!


Pelbagai model PEUGEOT dan Mazda akan dipamerkan, termasuk pilihan popular seperti PEUGEOT 2008, 3008, 5008, Mazda2, Mazda3, Mazda MX-30, Mazda CX-30, Mazda CX-8, dan Mazda BT-50. Acara yang diadakan selama tiga hari ini menawarkan peluang menarik kepada semua peminat PEUGEOT dan Mazda untuk memiliki kenderaan yang diimpikan pada harga yang memukau. 


CariCarz_Peugeot-3008_Peugeot-5008.jpg

Peugeot 3008 (kiri) dan Peugeot 5008 (kanan) 


Setiap kenderaan terpakai daripada Bermaz Anshin telah melalui proses pemeriksaan yang teliti merangkumi pemeriksaan luaran dan dalaman, pengesahan jarak perjalanan dan rekod penyelenggaraan, sekaligus menjamin kualiti kenderaan, kerana terbukti telah diservis dan diberikan penjagaan yang sempurna. 


Mazda_CX-30_High_Rolling-12.jpg

Mazda CX-30 High+ 


Selain itu, setiap kenderaan terpakai yang telah disahkan Bermaz Anshin masih menerima manfaat daripada baki Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Waranti Percuma 5 Tahun / 100,000 KM yang asal, yang dikira berdasarkan tarikh pendaftaran kenderaan. 


Pemilik kenderaan juga dapat menikmati ketenangan jiwa Bermaz Anshin menawarkan Bantuan Tepi Jalan Kecemasan 24 Jam PEUGEOT untuk setiap pembelian. Perkhidmatan ini memastikan pengguna mendapat perlindungan tujuh hari seminggu, pada sepanjang masa. 


Tertarik? Sekiranya anda berminat untuk melihat kenderaan yang ditawarkan ini dengan lebih dekat, lawati bilik pameran  Bermaz Anshin Glenmarie seawal jam 9.00 pagi pada Isnin-Jumaat dan jam 10.00 pagi pada hujung minggu. 


Bilik pameran ini bertempat di 38 & 40, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, 50140 Shah Alam, Selangor. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03 - 5569 8080.

Tag:

Bermaz Anshin
Bermaz Anshin Glenmarie
Kereta Pra-Milik Peugeot
Kereta Pra-Milik Mazda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026