Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

myAudiWorld Tingkat Pengalaman Pemilikan Audi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) buat julung kalinya memperkenalkan aplikasi mudah alihnya,  “myAudiWorld”,  buat para pemilik  kereta Audi di negara ini. 

Aplikasi myAudiWorld menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan kini lebih mudahn dan ia sebenarnya  direka khas demi keperluan pemilik Audi.

image.png

Aplikasi myAudiWorld itu menawarkan akses mudah terhadap pelbagai ciri daripada membuat temu janji servis, mendapat tawaran serta promosi terkini sehinggalah mencari lokasi Pusat Servis Audi terdekat.

image.png

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata,  pengenalan aplikasi tersebut membuatkan para pengguna kini boleh mengawal pengalaman pemilikan dan pemanduan kereta Audi dengan lebih baik.

image.png

“Selain untuk kenderaan yang lebih baharu, aplikasi myAudiWorld berusaha untuk menawarkan penjagaan luar biasa kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel.

“Dengan pakej-pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus (yang hadir dengan bantuan tepi jalan) dan pakej Repair, kami ingin memberi ketenangan minda kepada para pelanggan yang dihargai sekali gus memastikan kereta mereka mendapat perhatian sepenuhnya dan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Ciri-ciri pada aplikasi myAudiWorldApp termasuklah:

Membuat Temu Janji Servis

Pelanggan boleh menjadual temu janji servis di mana-mana pusat servis Audi yang mereka inginkan, jimat masa dan tenaga.

Tawaran Eksklusif

Terima tawaran yang direka khas berdasarkan kepada minat dan sejarah kenderaan pelanggan.

Tebus baucar secara terus melalui aplikasi serta nikmati promosi eksklusif ke atas pelbagai perkhidmatan dan aksesori Audi.

Lokasi Pengedar

Mudah untuk mecari lokasi Audi Centre terdekat untuk keperluan jualan atau selepas jualan.

Lokasi Pengecasan EV

Memastikan para pemilik EV Audi sentiasa terhubung dengan kemudahakan pengecasan, seterusnya meningkatkan pengalaman memandu kereta elektrik.

Peringatan Servis

Aplikasi ini mempunyai peringatan servis dalam bentuk notifikasi bagi memastikan pelanggan tidak terlupa dengan penyelenggaraan kenderaan yang telah dijadualkan.

Bantuan Kecemasan

Akses mudah dan pantas ke atas bantuan kecemasan 24 jam dengan talian bantuan khas bagi memastikan sokongan segera serta ketenangan minda ketika berada di atas jalan raya.

Berita dan Kemas Kini

Berita terkini, pelancaran, perkembangan menarik dan kemas kini daripada Audi Malaysia.

Aplikasi myAudiWorld kini sudah boleh dimuat turun ke peranti Android, Huawei dan iOS.

image.png

Untuk keterangan lanjut, layari  Audi Malaysia www.audi.com.my.

Gallery

Tag:

myaudiworld
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026