- Berita
- Teknologi
- MyCINTA Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Kereta
Sudah banyak kali kita dengar berita-berita mengenai kanak-kanak terperangkap dalam kereta sehingga terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk mengeluarkan mereka.
Menyedari semakin banyak kes itu, ini mendorong pihak Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) membangunkan prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap di dalam kenderaan.
Ia dikenali sebagai MyCINTA’ atau MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System.
Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Ir Azhar Hamzah berkata, pihaknya berbesar hati mengumumkan pembangunan prototaip sistem MyCINTA berpotensi besar membantu menyelamatkan nyawa dalam kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.
Kami sangat berharap pemain industri dan pemegang taruh lain dapat menyokong kami dalam usaha membawa inovasi MyCINTA ke peringkat seterusnya," katanya.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana sistem ini berfungsi?
Untuk makluman anda, ia mampu mengesan kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan biarpun enjin dimatikan kerana ia menggunakan sensor pergerakan dan bunyi.
Sistem itu kemudian akan memberikan notifikasi secara automatik kepada pemandu atau pengguna sistem serta kenalan kecemasan menerusi panggilan telefon atau SMS.
Kandungan SMS itu akan memberikan koordinat lokasi kenderaan yang dihubungkan terus kepada aplikasi pengemudian seperti Google Maps bagi memastikan kanak-kanak terperangkap segera diselamatkan
Apa yang cukup menarik ialah ia akan menurunkan tingkap kenderaan secara automatik ke suatu aras tertentu untuk memastikan pengaliran udara boleh terjadi.
Malah, lampu amaran bahaya kenderaan atau hazard light akan diaktifkan secara automatik serta meletakkan amaran visual seperti “BAHAYA” menerusi paparan lampu LED.
Sistem ini nyata berfungsi kerana melalui ujian makmal dan aplikasi sistem pada kenderaan dalam persekitaran operasi sebenar, inovasi MyCINTA menunjukkan kesahihan fungsi dan ketekalan pengoperasian tinggi.
ecara keseluruhan, sistem MyCINTA didapati berupaya berfungsi dalam tempoh kritikal lima minit pertama untuk mengurangkan risiko kecederaan serius terhadap kanak-kanak akibat strok haba
Misalnya, mekanisme tindak balas kecemasan pertama sistem MyCINTA berupaya menurunkan cermin tingkap ke paras selamat dalam masa 45 saat selepas pengaktifan sistem dengan keseluruhan masa aktif tiga minit.
Apapun, sistem ini nyata bakal membantu golongan ibu bapa
Maklumat lanjut dan laporan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem MyCINTA boleh diakses di SINI.
Gallery





Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari