Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program AMA Mercedes-Benz Malaysia Raikan 38 Graduan, 42 Perantis Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-1_MBM-AMA-Graduation-Ceremony-2023.jpg


Program Advanced Modern Apprenticeship (AMA) oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus membuka peluang kepada anak-anak muda Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi juruteknik kereta dengan syarikat terkemuka di dunia.


Baru-baru ini, MBM telah mengumumkan kejayaan seramai 38 graduan program latihan dan kini menyambut 42 pelatih muda baharu bagi tahun 2023.


IMG-2_MBM-AMA-Graduation-Ceremony-2023.jpg


Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan, Mercedes-Benz Cars Malaysia SEA II, Edmin Naidoo, program ini telah melahirkan lebih daripada 900 graduan yang kini berkhidmat dalam pelbagai jawatan merentasi pengkhususan yang berbeza dalam rangkaian pengedar rasmi jenama ini. 


Seramai 38 pelatih yang berjaya menamatkan program selama tiga tahun ini telah menerima latihan yang menyeluruh dan ditawarkan pekerjaan di dalam syarikat dan rangkaian perkhidmatan untuk tempoh empat tahun akan datang. Program tiga tahun ini memerlukan pelaburan sebanyak RM100,000 setiap pelajar.


Presiden & CEO Mercedes-Benz Cars Malaysia Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars SEA II, Amanda Zhang berkata, "Di Mercedes-Benz, kami percaya dalam perkembangan berterusan individu, melatih mereka untuk mampu berdiri sendiri dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.”


Mercedes_CKD_2022_Pekan_1661428518.jpg


"Matlamat kami adalah untuk memupuk golongan muda Malaysia, membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri automotif. Dalam masa yang sama, memastikan kerjaya yang lebih terjamin di masa hadapan. Melalui program ini, kami membina tenaga kerja yang mahir untuk memberikan pengalaman pelanggan dan kualiti kenderaan yang terbaik. Pendidikan adalah satu perkara penting dalam usaha kami untuk mencapai kecemerlangan.”

Tag:

MBM
Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Advanced Modern Apprenticeship (AMA)
Program Perantis Mercedes-Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-07-2024
Kereta Baru

29-05-2024
Gaya Hidup

24-05-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

03-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024
Pandu Uji

27-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026