Link Copiedcheck_circle
Global

Ranger PHEV Boleh Gerak Sejauh 45KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Trak pikap  Ford Ranger plug in hybrid didedahkan secara rasmi pagi tadi.

Buat julung kalinya, Ranger disumbat dengan  enjin petrol empat silinder 2.3 liter turbocharge dengan motor elektrik.

Untuk makluman anda, model Ranger gen kedua (P703), yang menggunakan enjin petrol 2.3 liter turbocharge adalah sama dengan Ford Mustang 2015 . 

image.pngimage.png

Kuasa dihantar ke semua empat roda (AWD) melalui Transmisi Hibrid Modular baharu Ford.

Biarpun, Ford masih belum mendedahkan butiran prestasi yang tepat bagi persediaan PHEV baharu ini, namun ada laporan mengatakan ia adalah lebih menarik daripada mana-mana model petrol yang ditawarkan kepada Ranger, termasuk Raptor yang menggunakan enjin V6 dimana ia menghasilkan  288 hp.

Untuk makluman, model Ranger generasi sebelum ini  yang menggunakan enjin petrol EcoBoost 2.3 liter sudah ditawarkan di beberapa pasaran antarabangsa.

Model tersebut boleh menghamburkan kuasa setakat 270 hp dan tork 420Nm.

Ini bermaksud Ranger PHEV ini boleh mendabik dada sedikit kerana ia boleh mengeluarkan output yang lebih tinggi.

Selain itu, Ford mendakwa PHEV ini hanya mampu melakukan pergerakan sejauh 45 kilometer .

Sebagai standard dalam kebanyakan PHEV, pek bateri Ranger PHEV boleh dicas melalui pengecas AC, dengan port pengecasannya diletakkan berhampiran spatbor belakang trak.

image.pngimage.png

Malah ia yang mempunyai rangkaian kuasa PHEV yang lebih bertenaga, kapasiti menunda Ranger PHEV masih dihadkan pada 3,500 KG iaitu sama dengan model Ranger yang lain.

Daeri segi teknologi, Ranger PHEV akan mendapat fungsi geofencing di pasaran terpilih, yang secara automatik mengesan trak apabila ia memasuki zon pelepasan rendah dan beralih kepada mod pemanduan semua elektrik. 

Bercakap mengenai mod pemanduan, Ranger PHEV dilengkapi dengan pelbagai mod pemanduan, termasuk mod EV baharu dan beberapa mod Off-Road.

image.png

Apapun Ford Ranger PHEV serba baharu dijangka membuat penampilan sulungnya di pasaran antarabangsa terpilih termasuk Britain dan Australia pada akhir 2024 atau awal 2025, di mana ia akan menjadi model hibrid plug-in tunggal dalam segmen pasaran trak pikap bersaiz sederhana.

image.png

Namun adakah Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan membawa Ranger PHEV ini ke dalam pasaran tempatan?

Kongsikan pendapat anda!


Gallery

Tag:

Ford Ranger
Ford Ranger PHEV
Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Berita Auto

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025