Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Akses Pengecasan EV Lebih Luas

Suhana Veru

Kongsi melalui

[IMAGE]-Leader-Energy-Signs-MOU-with-BMW-Group-Malaysia.JPG

Leader Energy Holding Berhad (“Leader Energy”), melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader EV Solutions Sdn Bhd (“Leader EV”), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia Sdn Bhd (BMW), baru-baru ini.

MoU itu bertujuan untuk menjadikan  jenama BMW secara rasmi dalam semua rangkaian Galaxy Charge milik Leader EV di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia, serta menjalankan pelbagai kempen untuk mempromosikan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bagi jenama-jenama yang diwakili oleh BMW dalam rangkaian Galaxy Charge.

Di bawah MoU tersebut, Leader EV mempunyai tanggungjawab atas pembangunan, pemasangan, operasi, dan penyelenggaraan rangkaian Galaxy Charge.

Malah, Leader EV akan turut  memainkan peranan untuk  meningkatkan kesedaran umum mengenai teknologi pengecasan kenderaan elektrik sementara BMW membekalkan akses kepada solusi-solusi pengecasan awam melalui program langganan atau keahlian menerusi rangkaian Galaxy Charge milik Leader EV.

Naib Pengerusi Eksekutif Leader Energy, Dato’ Sean H’ng berkata, pihakynya teruja untuk bekerjasama dengan  BMW Group Malaysia kerana dapat mengembangkan lagi  penggunaan dan pengecasan EV menerusi rangkaian Galaxy Charge.

"Kami percaya bahawa kerjasama ini dapat meluaskan lagi pegangan pasaran menerusi infrastruktur pengecasan EV kami. Projek-projek fasiliti pengecasan kami di Lebuhraya Utara-Selatan  menjadi usaha untuk memperkembangkan lagi rangkaian kami ke seluruh Malaysia.

web_CariCarz_Gallery_IEMS-2023_-31.jpg

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat dan kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, sebagai pengeluar kenderaan elektrik bertaraf premium di Malaysia, pihaknya giat menyusun usaha sama strategik bagi memacu pembangunan ekosistem EV. 

"Inisiatif terbaharu kami dengan Leader Energy membuktikan komitmen yang dikongsi bersama bagi meluaskan akses orang ramai ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara, justeru pengguna juga dapat berlapang dada dengan adanya lebih banyak kemudahan pengecasan untuk keperluan perjalanan jauh mereka. 

"'Menerusi MOU ini, kami berhasrat untuk mengembangkan lagi rangkaian pengecasan kami yang kini terdiri daripada 1,000 buah fasiliti serta terus membekali para pelanggan kami dengan pengalaman pemilikan EV premium yang lengkap," katanya.

Tag:

BMW Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026