Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diserap Masuk Mazda, Kia, Peugeot! Bermaz Auto Rai 159 Graduan Program Perantis

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-06.jpgWeb_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-07.jpg


Bermaz Auto telah mengumumkan bahawa seramai 159 pelajar Program Perantisan Bermaz Auto Berhad telah berjaya  menamatkan pengajian daripada program latihan teknikal berbeza iaitu Program Perantisan Bermaz Auto (BAMP), Program Mekanik Bermaz Auto (BAMP) dan Program Badan & Cat Bermaz Auto (BABP), manakala sebilangan besarnya lagi daripada Program Kepakaran Teknikal dan Bukan Teknikal Mazda. 


Web_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-05.jpg



Semua graduan kini telah ditempatkan di Bermaz Auto Berhad dan bakal ditempatkan di pusat-pusat servis untuk tiga jenama di bawah BAuto iaitu Mazda, Peugeot dan Kia.


Program Perantisan Bermaz Auto telah menerima pengiktirafan daripada Mazda Saudi Arabia yang merupakan pengedar tunggal jenama Mazda di Arab Saudi. Mazda Saudi telah meminta sokongan tenaga kerja dalam bidang Badan & Cat melalui kerjasama dengan Mazda Corporation Japan. Bermaz Auto juga menjemput MARA untuk terlibat dalam proses pemilihan calon.


Web_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-08.jpgWeb_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-09.jpg


Selain graduan perantisan, 29 kakitangan Bermaz Auto telah mendapat pensijilan Tahap 3 dan Tahap 4 dalam elektrifikasi kenderaan (EV) daripada badan akreditasi UK, Institute of the Motor Industry (IMI) di UK. 


Web_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-02.jpgWeb_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-03.jpg


Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Tan Sri Dato Sri Ben Yeoh berkata, "Industri automotif adalah bidang yang menarik dan mencabar dengan kemajuan teknologi yang pesat. Kami di Bermaz Auto Training School berusaha untuk melatih generasi muda dalam industri ini dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Program latihan kami disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan  Institute of the Motor Industry (IMI) UK, yang diiktiraf di seluruh dunia."


Web_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-04.jpgWeb_CariCarz_Bermaz-Auto-Program-Perantis-01.jpg



Program perantisan Bermaz Auto dimulakan pada tahun 2010 dengan Mazda, dan sejak itu telah berkembang untuk merangkumi pelbagai bidang automotif seperti Badan & Cat serta Mekanik. Bermaz Auto juga telah melabur lebih daripada RM10 juta untuk kelengkapan latihan bagi melahirkan pekerja yang mahir dalam pembaikan kenderaan moden yang semakin kompleks serta demi keselamatan. 


Bermaz Auto juga aktif dalam mengukuhkan kemahiran dalam teknologi EV, menjadikannya pusat latihan yang diluluskan untuk latihan EV oleh IMI UK. Dalam era mobiliti yang berkembang pesat, usaha ini akan membantu meningkatkan kecekapan dan kemajuan industri automotif Malaysia.

Berminat untuk mengikuti program yang ditawarkan? Hantarkan resume anda kepada bts6@bermaz.com.my.


Tag:

Bermaz Auto Sdn Bhd
BAuto
Program Perantisan Bermaz Auto Berhad
Program Perantisan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng

Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia

15-03-2024
Global

Tak Lama Lagi M'sia Pun Dapatlah Tu, Mazda CX-60

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX60 telah membuat penampilan sulungnya di pasaran ASEAN.

14-06-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.

13-03-2023
Berita Auto

Baru Dilancarkan Semalam, Mazda CX-30 Versi CKD Terima 1,000 Tempahan

Mazda CX-30 versi CKD yang dilancarkan semalam telah mencecah 1,000 tempahan.

09-03-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Global

BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Deepal S05 rasmi dilancarkan di Thailand. Ini spesifikasinya...

26-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026