Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Hot Wheels Saga Cukup Yahudi!

Suhana Veru

9-10-2023

Kongsi melalui

image.png



Ada berita baik buat pengumpul kereta Hot Wheels. Ini kerana Hot Wheels model Proton Saga sudah berada di semua pusat beli-belah utama dan kedai permainan di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat Hot Wheels di laman Facebook rasminya semalam.

“Kami cukup teruja untuk mengumumkan bahawa model die-cast Proton Saga Hot Wheels yang dinanti-nantikan kini tersedia di bawah versi Hot Wheels Basic Car Dash B yang boleh dibeli di semua pusat beli utama, kedai permainan, atau kedai serbaneka berhampiran anda!,” katanya di Facebook.

Sebaik pengumuman itu dibuat, penulis ada memasuki lam Shopee dan mendapati model panas itu dijual pada harga dari RM200 hingga RM250.

WhatsApp-Image-2023-10-09-at-11.11.09.jpeg

Dikhabarkan, model itu bukanlah edisi terhad versi Hot Wheels Basic Car atau mainline dan ia terkandung dalam kumpulan Dash/Case B untuk 2024.

Untuk makluman anda, Hot Wheels Malaysia akan mengadakan sesi unboxing secara langsung kotak Dash B di Pavilion Bukit Jalil  8 dan 15 Oktober (pukul 10 pagi) manakala 14 Oktober pula sekitar 4 petang.

Sebelum ini, model skala Proton Saga Hot Wheels ini telah diumumkan pada Disember tahun lalu. 

Ia adalah sempena ulangtahun ke-40 Mattel Malaysia (anak syarikat Mattel Inc) dan juga Proton sebagai jenama automotif nasional pertama Malaysia.



Gallery

Tag:

Saga Hot Wheels
Hot Wheels Malaysia
Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Art Of Speed 2023 Cukup Meriah

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengisi masa lapang mereka dengan mengunjungi pameran AOS 2023 pada minggu lepas.

31-07-2023
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ini 4 Model Kereta Yang Banyak Tersadai Di Malaysia: Proton Saga, Wira, Kancil, KIA

Banyak kereta tersadai sebab memerlukan modal besar untuk dibaiki.

21-04-2025
Berita Auto

Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90

Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif

09-04-2025
Berita Auto

FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

20-03-2025
Berita Auto

Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Di Linkedua

Polis kini sedang giat mencari pemandu Proton Saga.

14-03-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!

Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.

10-03-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025
Berita Auto

Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat

Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.

06-05-2025