- Berita
- Berita Auto
- Jangan Sesuka Hati Guna Siren

Seorang pemandu Proton Saga kini sedang diburu polis gara-gara menggunakan siren serta memandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan selepas meneliti rakaman video yang menunjukkan aksi kereta itu.
"Berdasarkan rakaman itu, kita mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga mengeluarkan bunyi siren dan dipandu secara berbahaya serta melulu di lokasi berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Oktober lalu (semalam) sebelum rakaman video insiden berkenaan tular dalam media sosial," katanya.
Perbuatannya pemandu itu mengundang padah apabila dia kini sedang diburu polis.
Pemandu itu boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.
Terdahulu, tular rakaman video itu yang menunjukkan kereta berkenaan mengeluarkan bunyi siren sambil mencelah antara kenderaan lain dalam keadaan trafik sesak di lokasi terbabit.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
