- Berita
- Berita Auto
- Lambat Bayar Saman, Naik Mahkamah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya beri masa tiga bulan untuk pemandu melangsaikan kompaun cermin gelap.
Ini kerana kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap bagi:
1. Tempoh satu hingga 15 hari (RM100).
2. 16 hingga 30 hari (RM150).
3. 31 hingga 60 hari (RM250).
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah.
"Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.
"Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurutnya, kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70 peratus cermin depan, 50 peratus cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang kosong peratus.
Bagaimanapun, katanya, kelonggaran diberikan kepada individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan.
Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap..
Berdasarkan rekod, JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis kesalahan melibatkan cermin gelap sejak 2019.
Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/