Link Copiedcheck_circle
EV

Orang JB Ramai Pakai TESLA, "Have-Have" Betul

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas Tesla memasang supercharger di pusat beli-belah, Pavillion kini firma itu membuka satu lagi stesen pengecasan Supercharger di Sunway Big Box, Johor.

Stesen itu menyediakan empat pengecas yang berupaya mengecas kenderaan Model Y keluaran Tesla dalam hanya 15 minit bagi membolehkan ia bergerak sejauh 270 kilometer. 

Seperti biasa stesen itu hanya boleh digunakan pemilik kereta Tesla dan bukannya pemilik jenama EV yang lain.

Jadi, bagi pemilik Tesla di Johor Bahru, stesen itu sudah pun dibuka sejak semalam dan ia akan beroperasi bermula 10 pagi hingga 10 malam.

image.png

Sempena pembukaan stesen itu, Tesla cuma mengenakan kadar caj serendah RM0.63/kWh namun caj semurah itu akan berakhir pada 8 oktober ini.  

Selepas tarikh itu,  kadar tersebut akan meningkat kepada RM1.25/kWh.

Difahamkan, terdapat idle fee yang dikenakan sebanyak RM4.00/minit sekiranya stesen tersebut digunakan 100 peratus.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merasmikan pembukaan stesen ‘Supercharger’ Tesla pertama di Sunway Big Box, Iskandar Puteri semalam.

image.png

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pengguna kenderaan Tesla di Johor adalah kedua teramai di Malaysia selepas Kuala Lumpur. 

Itu antara faktor mengapa mereka memilih membuka stesen pengecas ini di sini.

Lagipun, pemilihan lokasi tersebut dibuat dengan mengambil kira ia merupakan kawasan strategik yang menghubungkan Malaysia dan Singapura

Untuk makluman anda, stesen  pengecas ‘super charger’ Tesla di Iskandar Puteri ini merupakan stesen kedua yang dibuka selepas lokasi pertama dibuka Ogos lalu di Pavilion, Kuala Lumpur.

Gallery

Tag:

tesla Model Y
Tesla
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Perhatian Buat Pemilik Tesla!

Tesla Malaysia melancarkan stesen supercharging yang terbesar di Asia Tenggara, di Gamuda Cove, Selangor.

20-03-2024
Berita Auto

EV Pertama Terbakar Di M'sia

Tesla terbakar 70 peratus di Puchong Jaya.

17-10-2023
EV

Apa Cerita Ni, Main Turunkan Harga Kereta

Tesla dilaporkan telah menurunkan harga varian model Y Long Range dan Performance di China mulai hari ini.

14-08-2023
Video

Tesla Model Y Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dari RM199,000

Tesla Model Y Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dari RM199,000

20-07-2023
EV

Model X, S Versi RHD Dibatalkan

Gara-gara ingin meningkatkan pengeluaran dan kualiti, versi RHD model X, S dihentikan.

15-05-2023
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026