Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PALSU: Tular Berita Jambatan Kedua Pulau Pinang Retak

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan dakwaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak seperti mana yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Pihaknya telah menerima satu rakaman berdurasi 28 saat yang mendakwa wujud kesan retakan pada jambatan terbabit.

“Sebaliknya, hasil siasatan mendapati struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video itu tidak sama sekali gus membukikan ia bukan jambatan JSAHMS,”  katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihak JKSB meminta kerjasama semua pihak supaya tidak menyebarkan video tersebut bagi mengelak orang ramai tersalah faham.

image.png

Dalam perkembangan yang sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menyifatkan ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar tahun 2014.

“Sedang tular di kumpulan-kumpulan WhatsApp berkaitan video kononnya Jambatan Pulau Pinang telah retak seperti di dalam video tersebut.


Semakan mendapati video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak tersebut berlaku di luar negara sekitar tahun 2014,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Gallery

Tag:

JKSB
JSAHMS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto