Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Senyap-Senyap Update Warna Myvi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Perodua secara senyap-senyap mengemaskini pilihan warna buat generasi ketiga Myvi baru-baru ini.

Perkara itu sebenarnya didedahkan oleh Perodua di laman webnya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar kepada media.

Ketika membelek laman web Perodua, kami mendapati varian X dan H kini didatangkan dengan pilihan warna luaran, Cranberry Red.

Dikhabarkan, warna merah ghairah itu  menggantikan warna Lava Red untuk kedua-dua model berkenaan.

Sebelum ini, warna Cranberry Red hanya tersedia untuk varian AV dimana warna itu diperkenalkan untuk myvi facelift pada tahun 2021.

Sementara itu, model X dan H facelift terkini ditawarkan dengan warna merah yang sedikit berbeza.

Warna Lava Red ini boleh dibezakan dengan warna Cranberry Red serba baharu, dimana ia menampilkan rona merah yang lebih terang dan lebih menyerlah seperti rona merah signatur Ferrari 'Rosso Corsa'. 

image.png

Bagi warna Cranberry Red pula, ia lebih gelap .

Seperti mana yang disebutkan tadi, warna Cranberry Red kini tersedia untuk model Myvi varian X dan H selain varian AV.

Ini bermakna bahawa varian asas Myvi 1.3 G sudah tidak lagi didatangkan dengan warna merah.

image.png

Jadi, satu-satunya pilihan warna yang ditawarkan untuk model asas ialah  Electric Blue, Ivory White, dan Glittering Silver.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, jangan risau dengan harga kerana tiada sebarang kenaikan harga berlaku untuk pilihan warna baharu ini.

Ini kerana varian X dan H masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM50,900 dan 54,900.

image.png

Kedua-dua model dikuasakan oleh persediaan rangkaian kuasa yang sama seperti varian AV iaitu enjin 1.5 liter 4-silender  VVT-i yang dipadankan dengan kotak gear D-CVT.

Ini membuatkan ia boleh menghasilkan kuasa setakat 103 PS dan 137 NM. 


Gallery

Tag:

Perodua Myvi
Perodua X
Perodua H
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati

Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.

22-12-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026