Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!

Suhana Veru

6-10-2023

Kongsi melalui

image.png

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance melancarkan secara rasminya  Porsche Cayenne versi pemasangan tempatan di Kuala Lumpur Golf & Country Club, sebentar tadi.

Kereta sports ini dikilangkan di fasiliti  Sime Darby di Kulim, Kedah. 

Dengan harga bermula RM599,999 Porsche Cayenne ini sudah boleh ditempah.

Kereta sports ikonik untuk lima orang penumpang ini telah diperhalusi agar tampak lebih mewah dan cukup berprestasi tinggi. 

image.png

Ia hadir dengan konsep kawalan dan paparan digital, teknologi chasis baharu serta spesifikasi tempatan yang telah dipertingkatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Asia Pacific, Hannes Ruoff berkata selepas ia ditayangkan di peringkat global, Cayenne CKD akhirnya sudah tiba di Malaysia.

“Cayenne menampilkan naik taraf produk paling ekstensif dalam sejarah Porsche. 

“ Dengan peningkatan spesifikasi yang dibuat khusus untuk pasaran Malaysia, kami harap dapat memenuhi impian lebih ramai pelanggan kereta sports dan peminat kami di sini,” katanya.

Porsche Cayenne ini disumbat dengan enjin petrol v6 3.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 355 PS dan tork 500Nm.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, Cayenne CKD ini dilancarkan ke pasaran Malaysia dengan pakej peralatan standard yang telah dipertingkatkan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, pintu jenis soft- close dan Sport Chrono Package.

Malah, peralatan standard yang ada pada Cayenne pemasangan tempatan sebelum ini juga dikekalkan.

Misalnya, tempat duduk kawalan elektrik 14 tetapi dengan ciri memori, sulaman logo Porsche pada perehat kepala kerusi hadapan, kawalan pendingin hawa empat zon dan bidai cermin belakang kawalan elektrik.

Semasa majlis pelancaran tadi,  Porsche Malaysia turut mengumumkan pakej personalisasi untuk model Cayenne pemasangan tempatan. 

image.pngimage.pngimage.png

Pelanggan boleh menempah pilihan rim Cayenne Exclusive Design bersaiz 21 inci dan rim Sport Design berukuran 22 inci.

Bukan itu sahaja, beberapa aksesori gaya hidup Porsche Tequipment seperti sistem hiburan untuk tempat duduk belakang yang mampu meningkatkan pengalaman pelanggan ketika berada di dalam Cayenne baharu turut ditawarkan.

Jika perjalanan anda melibatkan laluan off-road, ada banyak aksesori Porsche Tequipment boleh anda miliki. 

image.png

Antaranya termasuklah khemah bumbung dan kotak bumbung berprestasi, rak letak basikal di bahagian belakang serta banyak lagi. 

image.png

Jadi, bagi yang berminat, anda  boleh mengunjungi The International Gallery di Kuala Lumpur Golf & Country Club bermula 9:00 pagi hingga 4:00p petang pada 7 dan 8 Oktober ini.

Ia juga sudah boleh ditempah menerusi mycayenne.online.

Untuk keterangan lanjut,  KLIK.

Gallery

Tag:

Porsche Cayenne
cayenne facelift
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik

Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga.

26-07-2024
Berita Auto

Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand

Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.

24-07-2024
Berita Auto

Nasib Gajah, Pemandu Porsche Selamat

Sebuah Porsche remuk teruk gara-gara seekor gajah.

16-03-2024
Kereta Baru

Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.

09-09-2023
Berita Auto

Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay

Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay.

18-07-2023
Berita Auto

Dah 1,000 Unit Porsche Cayenne Dihasilkan Porsche Malaysia!

Porsche Malaysia mengumumkan penghasilan unit ke-1,000 model Porsche Cayenne yang dipasang tempatan (CKD).

01-06-2023
Global

Imej Teaser Cayenne Dah Siar, Buat Penampilan Rasmi Hari Ini

Porsche Cayenne 2024 akan membuat penampilan padaShanghai Auto Show.

18-04-2023
Berita Auto

Kali Ini, Edisi Platinium Cayenne Lebih Bergaya!

Porsche melancarkan Edisi Platinum Cayenne baru-baru ini.

25-02-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.

15-04-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.

15-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia

BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre.

14-04-2025