Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Isuzu Temerloh Kini Dengan Identiti Terkini Isuzu, Lebih Canggih & Selesa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Isuzu-Temerloh-3SCentre-7.jpg


Isuzu Malaysia telah melancarkan pembukaan semula Pusat 3S Isuzu Temerloh yang telah diperbaharui. Cawangan yang dikendalikan oleh syarikat Pacific Motor Sdn Bhd ini tampil dengan identiti korporat Isuzu Malaysia terbaru


Isuzu-Temerloh-3SCentre-3.jpg


Terletak di lokasi strategik iaitu di laluan utama bandar Temerloh, Pusat 3S ini menyediakan kemudahan jualan dan lepas jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan Isuzu yang jumlahnya semakin bertambah di kawasan sekitar. 


Isuzu-Temerloh-3SCentre-2.jpgIsuzu-Temerloh-3SCentre-1.jpg


Pembukaan pusat 3S baharu ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe. Menurut beliau, Pusat 3S kali ini lebih moden dan lengkap, serta mampu memenuhi keperluan pelanggans sedia ada dan yang akan datang. 


Isuzu-Temerloh-3SCentre-6.jpgIsuzu-Temerloh-3SCentre-4.jpg


“Isuzu telah menembusi pasaran Malaysia dengan cara tersendiri, tidak hanya berkaitan jualan tetapi juga dalam membangun reputasi kami sebagai sebuah jenama yang mementingkan penawaran kenderaan berkualiti tinggi, yang boleh diharap serta inovatif. Pembukaan kemudahan baharu yang dipertingkatkan seperti di Pusat 3S Isuzu Temerloh ini akan memperkukuhkan lagi sasaran kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan dengan jaminan untuk menepati setiap daripada jangkaan mereka,” jelas Okazoe.


Berkeluasan 7,000 meter persegi, Pusat 3S ini boleh memuatkan semua lori dan trak Isuzu yang datang untuk tujuan penyelenggaraan. Enam bilik servis disediakan, membolehkan proses temujanji pelanggan dilakukan dengan lebih pantas. 


CariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-2.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-17.jpg


Isuzu D-Max kekal sebagai salah satu trak pikap terlaris dalam pasaran Malaysia


Untuk keselesaan pelanggan, Pusat 3S dilengkapi dengan ruang menunggu yang lengkap dengan hidangan ringan. Dalam masa yang sama, pelanggan turut dapat melihat dengan lebih dekat model terkini Isuzu D-Max di ruang pameran yang nyaman berpendingin hawa, dibantu oleh panel maklumat digital. 


Pusat 3S Isuzu Temerloh terletak di Bangunan Tanjung Keramat, Batu 1 Jalan Mentakab dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Tag:

Isuzu D-Max
Isuzu Malaysia
Pusat 3S Isuzu
Pusat 3S Isuzu Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.

29-07-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?

Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.

21-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik

Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.

26-02-2025
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.

14-01-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli

Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

10-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026