- Berita
- Berita Auto
- Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"
Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Nissan selepas memenangi Anugerah Nissan Global untuk rantau Asia Tenggara berikutan prestasi cemerlang mereka sepanjang tempoh fiskal 2022.
Program Anugerah Global Nissan ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf usaha serta pencapaian Pengimport dan Syarikat Jualan Nasional (NSC) dalam bidang jualan dan pasca jualan.

ETCM, melalui bahagian jualan dan pemasarannya, Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd, telah dinamakan sebagai pemenang dalam kategori jualan keseluruhan, bahagian pasaran, dan aktiviti perkhidmatan pelanggan. Kejayaan ini juga turut dikongsi bersama dengan Tan Chong Motor Sales Pte Ltd dari Singapura.
Selain pencapaian dalam jualan, bahagian pasca jualan ETCM turut dinamakan sebagai pemenang dalam kategori pasca jualan serantau, diiktiraf atas prestasi dalam alat ganti dan aksesori, prestasi perkhidmatan, logistik, dan perkhidmatan pelanggan.

Yoshinori Kanazawa, naib presiden Nissan Motor Asia Pacific Co NIBU-ASEAN, menjelaskan bahawa pasukan Tan Chong Motor telah berjaya menunjukkan keupayaan mereka untuk mencapai kecemerlangan walaupun berdepan dengan cabaran kekurangan bekalan pengeluaran dan ketidakstabilan pasaran sepanjang tahun kewangan 2022.


Dalam ucapannya, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, menyatakan bahawa ETCM sentiasa bersedia menyokong misi Nissan untuk memacu inovasi. Ini termasuk pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S baru di Petaling Jaya, Selangor, yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv