- Berita
- EV
- The Curve Rasmikan 16 Pengecas EV Baharu – ChargeSini, ChargEV & Carput
-full.webp)
Pusat beli-belah The Curve di Mutiara Damansara semalam telah merasmikan 16 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di aras tempat letak kereta, B1, sebagai salah satu usaha ke arah masa depan yang lebih lestari.
The Curve telah memilih tiga syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dalam kerjasama pembinaan infrastruktur ini demi memenuhi komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dan keselesaan pelanggan. Syarikat yang terlibat ialah ChargEV (Yinson Greentech), ChargeSini dan Carput.
-full.webp)
Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, yang menguruskan The Curve Mall, Encik Jazmi Kamarudin berkata, "Pencapaian ini adalah tonggak penting bagi The Curve dan komitmen kami terhadap kelestarian.
"Oleh kerana kenderaan elektrik adalah masa depan, kami berbangga menjadi peneraju dalam usaha meningkatkan aksesibiliti dan keselesaan kepada pemilik EV. The Curve adalah tempat di mana keselesaan dan kelestarian bergabung, menjadikannya lebih daripada sekadar tempat membeli-belah."
-full.webp)
-full.webp)
Selain itu, tambahnya lagi, "Melalui program ini, kami tidak hanya menyediakan perkhidmatan, kami juga mengubah cara kita melihat mobiliti dan alam sekitar. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ChargEV oleh Yinson Greentech, ChargeSini dan Carput, tiga rakan kongsi yang dihormati, kerana menyokong kami dalam usaha ini.”
Pemasangan stesen pengecasan EV ini selaras dengan agenda BIJAU dalam usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Boustead Holdings, yang sejajar dengan matlamat organisasi untuk membangunkan infrastruktur yang lebih mesra alam dan menggabungkan nilai-nilai ESG ke dalam semua aspek strategi perniagaannya.
-full.webp)
Dengan penambahan stesen pengecasan EV sebagai sebahagian daripada transformasi infrastruktur mampan ini, The Curve kini menjadi destinasi utama untuk pembeli yang prihatin akan alam sekitar. Pengguna EV di sekitar Damansara kini boleh memanfaatkan fasilit yang disediakan semasa membeli-belah.
The Curve akan melancarkan beberapa aktiviti kelestarian jangka panjang sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar seperti yang dinyatakan dalam agenda BIJAU. Pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV negara oleh The Curve adalah sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecasan EV menjelang tahun 2025, membantu negara mencapai objektif mobiliti hijau.
-full.webp)
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv