Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Final Edition Cuma Ada 20 Biji Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan, semalam.

MINI Clubman Final Edition yang dijual pada harga  RM 318,888 hanya terdapat  1,969 unit di seluruh dunia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, MINI Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan. 

“Kami cukup teruja untuk melancarkan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman tetapi  kepada para peminat MINI yang semakin meningkat dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini. 

image.png

“Maka, ini adalah satu  penghormatan yang layak diberikan memandangkan, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol individualiti yang versatile,” katanya dalam satu kenyataan.

Dari segi luarannya, bampar dan gril hadapan dipadankan dengan trim Shimmer Copper yang cukup menawan.

Selain itu, ia dilengkapai dengan rim aloi 18 inci, lencana "1 of 1969" pada tiang C, serta emblem Final Edition pada bahagian belakang.

image.png

Menjengah bahagian dalamannya pula, MINI Clubman Final Edition masih membawakan pelbagai perincian bertema edisi khas dengan  emblem “Final Edition” pada stereng  yang dibalut dengan kulit Nappa.

MINI Clubman ini juga dilengkapi dengan skrin tengah bersaiz 8.8 inci dengan sokongan MINI Navigation System, Apple CarPlay, serta sistem bunyi Harman Kardon HiFi Surround Sound.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasa, MINI Clubman Final Edition dijana dengan enjin MINI TwinPower Turbo 2 liter, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setinggi  192 hp dan tork 280 Nm.

Untuk itu, ia mampu memecut dari  0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 7.2 saat manakala kelajuan tertingginya  mencecah 226 km/j.

Walaupun, ia cuma kereta “mini” namun ia menawarkan ruang but seluas 1,250 liter.

image.png

Jika anda sudah jatuh hati dengan edisi ini, anda perlu menempahnya dengan kadar segera memandangkan MINI Clubman Final Edition ini cuma ada 20 unit di Malaysia.

MINI Clubman Final Edition hadir dalam tiga tiga warna iaitu:  Nanuq White, Melting Silver III dan Enigmatic Black.

Untuk maklumat lanjut, KLIK.


Gallery

Tag:

MINI
BMW MINI
MINI Clubman Final Edition
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.

01-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026