Link Copiedcheck_circle
Global

Kabin Porsche Panamera Generasi Seterusnya Didedahkan, Ada 3 Skrin!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche-Panamera_Turbo_S_E-Hybrid_Executive-2021-1600-01.jpg


Porsche Panamera generasi terkini bakal digantikan dengan model generasi terbaru hujung November ini


Porsche Panamera generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2016 akan digantikan dengan generasi terbaru. Menjelang pendedahan rasminya, pengeluar automotif dari negara Jerman itu telah mendedahkan beberapa perincian mengenai model mewah tersebut. Teruskan membaca untuk kupasannya.


Porsche-Panamera-NextGen-Interior-2.jpg


Kabin Panamera generasi seterusnya tampil canggih dengan tiga skrin berbeza


Papan pemuka atau dashboard Panamera baharu bakal dipenuhi dengan skrin sepertimana yang terdapat pada ‘saudara’ elektriknya, Porsche Taycan. Salah satu skrin tersebut ialah kluster instrumen digital 12.6 inci yang terletak di sebalik stereng sport Panamera baharu, pada stereng tersebut terdapat beberapa butang kawalan pemanduan dan media.


Skrin lain ialah infotainmen tengah bersaiz 12.3 inci yang memaparkan antara muka atau interface kawalan "Driver Experience" baharu Porsche. Paparan baharu ini mempunyai menu yang lebih ringkas dan intuitif yang meletakkan fungsi dalam kumpulan tertentu bagi memudahkan lagi akses. 


Skrin yang ketiga dan terakhir ialah skrin sentuh sekunder 10.9 inci untuk penumpang hadapan. Skrin ini bukan sahaja membolehkan penumpang mengakses pelbagai aplikasi video seperti YouTube, tetapi juga media sosial. 


Porsche-Panamera-NextGen-Interior-1.jpgPorsche-Panamera-NextGen-Interior-3.jpg


Untuk memberi ruang kepada susunan skrin kali ini, pendingin udara hadapan telah digerakkan ke bahagian atas konsol tengah yang kini boleh dilaraskan secara elektronik. 


Ciri menarik lain yang terdapat pada papan pemuka ialah pencahayaan ambien yang menaikkan aura kabin. Selain itu, gear kini diletakkan pada stereng (sudut bawah sebelah kiri), sekaligus melapangkan lagi konsol tengah yang boleh dijadikan ruang letak barang atau cawan. 


Beralih kepada barisan belakang, tempat duduk untuk penumpang kali ini telah diperbaharui dengan bentuk yang lebih menarik, khas untuk varian eksekutif Panamera terbaru, ditawarkan dalam pelbagai pilihan material dan warna balutan. 


Porsche-Panamera_Turbo_S_E-Hybrid_Executive-2021-1600-0d.jpg


Panamera generasi seterusnya akan ditawarkan dalam empat varian yang menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV)


Selain pengumuman reka bentuk kabin, Porsche turut mendedahkan bahawa Panamera generasi seterusnya akan ditawarkan dalam empat pilihan varian hibrid plug-in (PHEV). Ini disebabkan oleh Panamera generasi terkini versi PHEV menyumbang kepada sebahagian besar jumlah jualan keseluruhan model ini.


Sama seperti Cayenne yang baru dikemaskini, Panamera PHEV generasi seterusnya akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 25.9 kWh yang lebih besar, dengan prestasi EV yang lebih baik serta jarak pemanduan EV yang lebih jauh.


Porsche-Panamera_Turbo_S_E-Hybrid_Executive-2021-1600-0f.jpg


Panamera Porsche generasi ketiga terbaru dijadualkan akan membuat kemunculan global pertamanya pada 24 November tahun ini.  

Tag:

Porsche
Porsche Panamera
Porsche Panamera Generasi Ketiga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026