Link Copiedcheck_circle
EV

Macam Biasa, Ada Di China Dulu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa teaser dan gambar spy shot disiarkan, Volvo akhirnya melancarkan secara rasmi model minivan pertamanya yang dikenali sebagai Volvo EM90.

Ia dibangunkan berdasarkan model kenderaan elektrik premium Geely, Zeekr 009  dimana ia banyak berkongsi ciri yang sama dengan syarikat sejawatnya itu.

image.pngimage.png

Namun reka bentuknya masih kekal stylo serta dipadankan dengan elemen rekaann signatur Volvo.

Walaupun EM90 mempunyai gaya badan yang berkotak iaitu sama dengan Zeekr 009, MPV EV Sweden ini didatangkan dengan muka hadapan yang cukup menawan.

Ia dipadankan dengan lampu depan  dengan tema tukul Thor, tiada gril serta dihiasi dengan logo Volvo yang bercahaya.

Selain itu, lampu belakangnya juga didatangkan dalam bentuk T dan ia menawarkan rim bersaiz 19 atau 20 inci.

image.pngimage.png

Menjengah ruang kabinnya, ia menampilkan susun atur enam tempat duduk (2+2+2). 

Bahagian kokpit EM90 pula menampilkan reka bentuk Scandinavia manakala gugusan instrumen digital yang berbentuk nipis dilihat bersembunyi di bawah stereng.

image.png

Terdapat juga  skrin infotainmen tengah gaya tablet bersaiz 15.4 inci, konsol tengah terapung dengan kawalan minimum serta ruang untuk menyimpan barang.

Kemewahan kabin ini sebenarnya terletak di tempat duduk barisan kedua kerana ia didatangkan dengan kerusi kapten dan ia kelihatan cukup selesa.

image.pngimage.png

Malah, tempat duduk baris barisan kedua juga dilengkapi  dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan dan kerusinya boleh dibaringkan.

Terdapat juga meja boleh lipat dimana para penumpangnya boleh mengubahkan kawasan itu menjadi ruang makan peribadi atau pejabat mudah alih.

Kedua-dua tempat duduk kapten itu juga dilengkapi dengan panel kawalan individu yang terletak pada setiap pintu dimana penumpang boleh  mengakses kawalan tempat duduk serta boleh mengawal iklim kabin dengan mudah.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan HD di bahagian belakang.

Mengenai trenkuasa pula, EM90 dilengkapi dengan motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 268hp, manakala ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j)  hanya  dalam  masa 8.3 saat.

Apapun, masih belum jelas  sama ada EM90 juga akan ditawarkan dengan versi AWD dwi-motor yang lebih bertenaga seperti mana yang ada pada Zeekr 009.

image.png

MinivanVolvo ini juga dikatakan mampu bergerak sejauh 738 kilometer dengan hanya sekali cas dan ia juga dilengkapi dengan pek bateri 116 kWh.

Volvo turut mendakwa bahawa ia boleh dicas dari 10% hingga 80% hanya dalam 30 minit.

Buat masa ini, MPV Volvo EM90 sudah boleh ditempah namun malangnya ia hanya dijual di China.

Ia yang dijual pada harga RM529,259 dikatakan bakal menyaingi beberapa MPV mewah yang lain seperti Lexus LM dan Mercedes-Benz V-Class.

Gallery

Tag:

Volvo
Volvo EM90 EV MPV
MPV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.

23-01-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026