Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MRANTI Buka Makmal Kenderaan Autonomi Terbesar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MRANTI melancarkan Makmal Alami Kenderaan Berautonomi MRANTI (MRANTI AV VL) di Taman MRANTI, Kuala Lumpur, pagi tadi.

MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs).

Lokasi berkenaan dikatakan mampu menyumbang kepada pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi kenderaan berautonomi. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, konsep makmal itu adalah berasaskan hasil perbincangan bersama pihak industri, agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang cenderung kepada reka bentuk berpaksikan manusia bagi penciptaan bersama. 

image.png

Menurutnya, usaha itu dilihat menyokong kepada Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang tempat ujian AV dan mempromosikan NxGVs.

“Inisiatif itu dapat meningkatkan kecekapan dan pengurangan gas karbon pada masa hadapan. 

“MRANTI AV XL merupakan tempat pengujian dan pengesahan teknologi AV yang paling besar di negara ini,”  katanya.

image.png

Beliau berkata demikian  ketika merasmikan MRANTI AV VL di Taman MRANTI.


Turut hadir, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Aminuddin Hassim; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah dan Ketua Pegawai Operasi MRANTI, Datuk Dr Rais Hussin.

image.png

MRANTI AV XL dilengkapi dengan laluan ujian sepanjang 12 km disambung dengan tempat letak kereta bertingkat tertutup, kembar digital (penggabungan ujian maya dan penggunaan fizikal), liputan rangkaian 5G dan infrastruktur untuk AV berkomunikasi dengan pantas.


Untuk itu, beberapa usaha sedang dijalankan untuk MRANTI menawarkan AV simulator dengan MRANTI selaku AV-as-a-Service Certification yang bertujuan untuk menjadi pusat rujukan national bagi penggunaan dan pengaplikasian AV di jalan raya Malaysia tertakluk kepada kelulusan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Visi utama MRANTI AV XL adalah menyediakan satu pusat sehenti kepada inovator, korporat, penyelidik dan syarikat dalam bidang AV untuk meneroka, menguji, mengesahkan dan mengembangkan penyelesaian teknologi AV dalam persekitaran terkawal dan sebenar dengan pantas,

image.pngimage.png

Sempena pelancaran MRANTI AV XL, lapan projek penyelidikan AV telah diumumkan bersama rakan strategik MRANTI - Universiti Nottingham Malaysia, NanoMalaysia dan Institut Penyelidikan Tenaga di Universiti Teknologi Nanyang Singapura yang menguruskan Pusat Kecemerlangan Pengujian & Penyelidikan AV (CETRAN).

MRANTI bekerjasama rapat dengan rakan industri seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii) dan Futurise serta pihak penguatkuasaan lain dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menggerakkan industri mobiliti ke hadapan.

Gallery

Tag:

Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI)
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026