Link Copiedcheck_circle
EV

Nammi 01 Nampak Montok Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kereta kompak elektrik,  Dongfeng Nammi 01 telah memulakan pra jualan sempena pameran Auto Guangzhou 2023, baru- baru ini.

Ia yang berharga antara RM 51,400 – RM 71,000 bakal menembusi pasaran EV kompak dengan menyasarkan 400,000 unit terjual pada setiap tahun menjelang tahun 2025 nanti.

Menyentuh mengenai dimensinya, ia memiliki panjang 4,030mm, selebar 1,810, setinggi 1,570 mm manakala jarak roda pula 2,660 mm.

Dikhabarkan, Nammi 01 ialah model pertama yang dibina berdasarkan platform Dongfeng S3. 

image.pngimage.png

Ia yang berbentuk bulat sebenarnya telah melengkapkan nilai estetik sebuah kenderaan elektrik bersaiz selain dipadankan dengan lampu depan jenis segi tiga.

Menjengah bahagian belakangnya, lampunya berbentuk bulat manakala bahagian sisi pula menampilkan design pemegang pintu jenis tersembunyi dan cermin pintu hadapan hadir tanpa bingkai.

image.pngimage.png

Selain itu, port pengecas jentera ini juga terletak di belah kanan dan hadir dengan ciri sistem bantuan pemandu termaju tahap dua.

Dari segi sisi pula, ia hadir dengan   rim aloi lima jejari bersaiz 16 atau 17 inci.

Pandangan dari kokpit, ia nyata menampilkan kabin mewah dengan adanya panel instrumen LCD penuh dan skrin infotainmen terapung. 

image.png

Bahagian but pula, Nammi 01 menawarkan ruang yang cukup besar memandangkan ia seluas 945 liter.

EV mesra bajet ini didatangkan secara eksklusif hanya dalam konfigurasi pacuan roda hadapan dengan dua pilihan  CLTC: 330km (bateri 31.45kWj) dan 430km (bateri 42.3kWh).

Kedua-duanya menggunakan pek bateri fosfat besi litium.

image.png

Dari segi prestasi, motor elektriknya mampu menghasilkan 70kW (94hp) dengan kelajuan tertinggi 140km/j. 

Apa yang cukup menarik ialah, ia mampu memberikan 200 km jarak dengan hanya lapan minit pengecasan.

Sebelum ini, CariCarz.com ada melaporkan bahawa Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar kenderaan dari China, Dongfeng Motor.

Ini bermakna, kita bakal menyaksikan pengenalan model EV pertama pemanduan sebelah kanan Dongfeng di Malaysia, 


Gallery

Tag:

Dongfeng Nammi 01
Malaysian Association of Malay Vehicle Importers and Traders (PEKEMA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-11-2024
EV

17-07-2024

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026