Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1.png


Para pemilik Jaguar I-PACE  yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth yang direka khas  untuk menyerlahkan lagi model tersebut.

Pemilik I-PACE yang sedia ada dan juga pelanggan baharu boleh membeli pakej Stealth yang dirangka khas secara menyeluruh untuk menyerlahkan prestasi, ketangkasan, teknologi  selain menambah baik pengalaman pemanduan.

Bagi menonjol bahagian luarannya, , Pakej  Stealth menonjolkan gril depan dengan menampilkan garis bentuk yang lebih licin dalam warna Kelabu Atlas terang, serta dipadankan dengan logo Jaguar serba baharu.

Sementara itu, cermin sisinya kini berwarna hitam dimana ia cukup serasi dengan reka bentuk baharu ini.

Malah,  difuser belakang pula digandingkan dengan jalur pintu dan bampar yang sedondon dengan warna badannya  dan bukannya hitam.

Photo-2.png

Bagi yang tidak tahu mengenai Jaguar I-PACE, model ini pernah dinobatkan sebagai kenderaan paling dinamik dan ia ditawarkan dalam dua pilihan.

Antaranya, Black LE yang boleh didapati pada harga RM 460,800 manakala HSE pula  dijual pada harga RM 498,800.

Photo-5.pngPhoto-6.png

Jentera ini dijana dengan enjin dwimotor yang berkuasa, sekali gus membuatkan I-PACE mampu menghasilkan kuasa  sebanyak 400 PS dan tork 696 Nm.

Ia boleh memeceut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 saat.

Bagi yang berminat dengan  Pek Penambahbaikan “Stealth” Jaguar I-PACE, ia dijual bermula dari harga RM12,000.

Photo-4.png

Pakej Stealth ini sudah boleh didapati di bilik pameran Jaguar Land Rover Malaysia di Ara Damansara dan Pulau Pinang.

Untuk memastikan pakej naik taraf premium ini lebih mudah didapati, pelanggan boleh mendapatkan Kemudahan Pembiayaan pada kadar serendah 1.23% setahun, dan memanfaatkan program Subsidi Faedah.

Untuk keterangan lanjut, layari  https://www.jaguar.com.my/.

Tag:

Jaguar Land Rover
jaguar i-pace
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Pandu Uji
Berita Auto

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,

10-04-2023
Kereta Baru

Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan

Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.

20-01-2023
Kereta Baru

Jaguar XF Harga Bermula RM498K

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baru-baru ini.

14-06-2022
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.

16-11-2021
Berita Auto

Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!

All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

19-08-2021
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

11-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026