Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-6.jpg

Salah satu SUV kompak paling laris di Malaysia, Proton X50, tidak memiliki ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Salah satu kekurangan dalam model siri X keluaran Proton seperti X50, X70 dan X90 ialah ketiadaan ciri sambungan  Apple CarPlay atau Android Auto. Walaupun ciri ini boleh didapati secara aftermarket, semestinya pengguna mengharapkan ciri penting ini ditawarkan oleh pengeluar sendiri untuk kualiti yang lebih terjamin. 


Namun untuk keluaran akan datang, terutamanya X50, isu ini mungkin akan berakhir. Jangkaan ini dibuat berdasarkan ciri yang ditawarkan pada model baharu yang telah diperkenalkan rakan kongsi Proton, Geely Coolray 2024 di Mexico, model ini dibangunkan berdasarkan Geely Binyue yang dijual di China sama seperti X50. Salah satu ciri yang diperkenalkan pada model baharu ini ialah sistem infotainmen dengan fungsi sambungan Apple CarPlay


web_2024-Geely-Coolray_Mexico_7.jpg


Geely Coolray 2024 yang diperkenalkan di Mexico dibangunkan berdasarkan Geely Binyue


web_2024-Geely-Coolray_Mexico_8.jpgweb_2024-Geely-Coolray_Mexico_4.jpg


Geely Coolray 2024 tampil lebih sporty berbanding Proton X50


Geely Coolray untuk pasaran Mexico diberikan pembaharuan reka bentuk pada pelbagai sudut seperti bahagian lampu hadapan, gril, bampar hadapan, lampu belakang, bampar belakang dan aerokit yang serupa dengan Proton X50 edisi terhad, R3.


web_2024-Geely-Coolray_Mexico_11.jpgweb_2024-Geely-Coolray_Mexico_10.jpgProton-X50-R3-1.jpg


Beberapa ciri sporty Geely Coolray 2024 kelihatan tidak jauh berbeza daripada  Proton X50 R3, terutamanya spoiler.


Dari segi mekanikal, Coolray untuk pasaran Mexico menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.5 TGDi yang sama dan transmisi automatik DCT 7 kelajuan seperti dalam model X50 Flagship. Bagaimanapun, ia telah diberikan talaan semula supaya dapat memberikan daya tork yang lebih tinggi pada RPM yang lebih rendah berbanding X50 iaitu 290 NM antara 2,000 hingga 3,000 RPM berbanding 275 NM antara 1,500 hingga 4,000 RPM.


Peningkatan daya tork ini bagaimanapun mengurangkan kuasa tertinggi yang mampu dicapai kereta, tetapi ini hanyalah satu kekurangan kecil. Sebagai perbandingan, X50 menghasilkan 175 HP (177 PS), manakala model kembar Mexiconya pula hanya 172 HP (174 PS).


web_2024-Geely-Coolray_Mexico_14.jpg


Di ruang kabin, Geely Coolray hadir dengan rekaan papan pemuka baharu yang diberikan skrin lebar menggabungkan dua paparan


Bergerak ke bahagian dalam, Geely Coolray versi Mexico diberikan papan pemuka dalam rekaan baharu dengan modul dwi-skrin (digital) yang menggabungkan panel meter 10.2 inci dan sistem infotainmen jenis sentuh bersaiz 12.3 inci. Seperti yang dikatakan pada awal artikel, sistem infotainmen kali ini memiliki fungsi sambungan Apple CarPlay. 


Selain daripada kesemua perubahan besar ini, aspek lain kekal sama, dan ini juga merupakan gambaran bagi model X50 akan datang


web_2024-Geely-Coolray_Mexico_19.jpg


Geely Coolray hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay

CariCarz telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak dalaman Proton dan subsidiari teknologi ACO Tech bahawa penawaran ciri baharu ini kini di peringkat perancangan. Pelaksanaannya bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan bergantung kepada kesesuaian sistem perisian model.


web_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-49.jpgweb_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-32.jpg


Buat masa ini, sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci Proton X50 tidak mempunyai ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Apa yang pasti, pengenalan model baharu yang sama seperti X50 di Mexico, memberikan ‘sinar harapan’ bahawa X50 akan datang mungkin akan dilengkapi dengan Apple CarPlay.

web_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-2.jpg

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.

Tag:

Proton X50
Proton X50 facelift
ACO Tech
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Tiket Hari Raya Aidilfitri 2026 sudah mula dijual.

17-11-2025
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.

17-11-2025
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025