Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Tempah Model Perodua

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Melihat jenama Perodua semakin laku keras, Perodua menaikkan sasaran pengeluarannya tahun ini kepada 338,000 unit dan menetapkan sasaran jualan setinggi  325,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini.

Perodua meletakkan sasaran itu memandangkan bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta permintaan yang sihat bagi model keluarannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, dalam bulan ini sahaja, pihaknya mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi, masing-masing 35,111 unit dan 33,836 unit.

“Ini kerana peningkatan dalam pengeluaran dapat dicapai dengan sumber yang tersedia dalam ekosistem automotif semasa dan perkembangan itu memberi petunjuk kepada potensi pertumbuhan bagi kedua-dua sisi permintaan dan bekalan dalam industri berkenaan.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa isu seperti ketersediaan bekalan cip semikonduktor dalam jangka panjang masih berlaku, namun kami sudah mempunyai bekalan yang cukup. Oleh itu, prestasi suku keempat Perodua dijangka menjadi yang terbaik dalam sejarah,” katanya.

image.png

Dari segi jualan dari Januari hingga Oktober 2023, sebanyak 267,063 unit telah didaftarkan, dengan kenaikan sebanyak 20.2% daripada 222,203 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

“Jika momentum ini berterusan, industri automotif berpeluang untuk terus berkembang pada tahun 2024 dan ia akan membantu melonjakkan sentimen pengguna walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi tahun hadapan.

“Pada masa ini, fokus kami adalah untuk memaksimumkan potensi syarikat dalam aspek pengeluaran dan jualan bagi membolehkan para pelanggan kami menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih pantas,” tambahnya. 

image.png

Pada Januari 2023, syarikat kereta kompak itu ada mengumumkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan sasaran jualan sebanyak 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan yang diterima.

Ia juga ada kaitan dengan  lanjutan penghantaran bagi kenderaan yang mendapat pengecualian cukai jualan pada tahun 2021 di samping permintaan yang baik terhadap model baharunya, Perodua Axia.

image.png

Sebagai rujukan, Perodua menghasilkan 22,974 unit kenderaan pada Oktober 2022 dan mendaftarkan 24,849 unit kereta dalam tempoh sama tahun lalu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026