Link Copiedcheck_circle
EV

DC Handal Sedia Pengecas DCFC 180 kW Di Desaru Coast Riverside & 50 kW Di Udini Square

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DC-Handal-Desaru-(8).jpg


Pengecas kenderaan elektrik (EV) pantas, DCFC DC Handal kini disediakan di destinasi percutian pantai, Desaru, Johor. Kehadiran pengecas baharu ini menjadikan Desaru kini memiliki sejumlah lima stesen cas - 3 stesen DC dan 2 stesen AC di pelbagai lokasi sekitar pantai. 


Stesen yang terletak di Desaru Coast Riverside ini menempatkan pengecas DC Kempower 180 kW yang dilengkapi dengan dua kabel sambungan CCS, membolehkan dua EV dicas secara serentak. 


DC-Handal-Desaru-(1).jpg


Selain di lokasi tersebut, DC Handal turut telah melancarkan stesen DCFC baharu di Pulau Pinang. Stesen yang disediakan di Udini Square Gelugor itu terdiri daripada unit pengecas DC Kempower Dynamic berjenama BMW Auto Bavaria dengan output 50 kW. Pengecas ini dilengkapi dengan dua kabel sambungan untuk pengecasan dua EV. 


DC-Handal-Desaru-(2).jpg


Namun untuk pengecasan dua EV secara serentak, kuasa yang disalurkan kepada kenderaan diagihkan, menjadikan kuasa yang dibekalkan tidak jauh seperti pengecas AC. Walau bagaimanapun, mengikut maklumat dalaman yang kami perolehi, output 50 kW ini hanyalah untuk sementara waktu dan 200 kW akan tersedia tidak lama lagi.


image-(32).jpg


DCFC 180 kW di Desaru Coast Riverside, Johor (kiri) dan DCFC 50 kW di Udini Square Gelugor, Pulau Pinang (kanan)


Unit pengecas DCFC Kempower DC Handal ini menampilkan sistem modulasi output dinamik berdasarkan keadaan cas EV (SOC). EV yang disambungkan dengan SOC yang lebih rendah akan menerima lebih banyak input, oleh itu, proses pengecasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas. 


Kadar cas di stesen DCFC Desaru ditetapkan pada RM1.50/kWh manakala di Udini Square adalah RM1.30/kWh. Pengguna boleh membuat pembayaran melalui kad debit atau kredit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta melalui aplikasi JomCharge dan chargEV.

Tag:

DCFC
Pengecas EV
Pengecas Pantas
DC Handal
Kempower
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-10-2025
EV

25-07-2025
EV

28-03-2025
EV

22-01-2025
EV

18-09-2024
EV

28-06-2024
EV

14-06-2024

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026