Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diesel Pun Boleh Habis, Ini Pula Jawapan MENTERI

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

Memetik kenyataan PDB di akhbar Berita Harian sebagai berkata, perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

"PDB ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel.

image.png

"Isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.

Sementara itu, stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan minyak diesel akan menerima bahan bakar itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata isu itu sudah diselesaikan antara kementerian, Kementerian Kewangan dan syarikat berkenaan.

image.png

Katanya, Petronas akan menghantar bekalan tambahan kepada stesen yang terjejas dalam tempoh itu.

"Isu sudah diselesai dengan PETRONAS. PETRONAS akan menghantar bekalan paling cepat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

"Isu ini baharu sahaja diselesaikan hari ini, KPDN sudah berhubung dengan PETRONAS, malah saya sendiri bercakap dengan pengurusan PETRONAS," katanya kepada Berita Harian.


Gallery

Tag:

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

Stesen tersebut ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

26-12-2025
Berita Auto

Petronas, SIM Buka Stesen Minyak

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) melancarkan inisiatif pelesenan jenama sulungnya, baru-baru ini.

02-08-2024
Berita Auto

Belanja Mata Ganjaran Mesra Di Setel

Jom belanja mata ganjaran mesra anda hanya di hujung jari.

07-09-2023
Berita Auto

Angka Kemasukan EV Di Pasaran Malaysia Dilihat Masih Rendah

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyifatkan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan tenaga mobiliti memandangkan kenderaan elektrik (EV) mula memasuki pasaran Malaysia.

27-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026