Link Copiedcheck_circle
EV

IONIQ 5 Rentas 5 Negara Dalam 11 Hari?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai akhirnya berjaya menamatkan jelajah ASEAN IONIQ  5, apabila lima buah IONIQ 5 tiba ke destinasinya, di Ho Chi Minh City, Vietnam, pada 30 November lepas.

Jelajah IONIQ 5 ASEAN anjuran Hyundai, yang bertemakan ‘Jelajahi Lebih Jauh Tanpa Kekhuatiran’, telah berjaya menamatkan perjalanan selama 11 hari dengan merentasi lima buah negara selepas melalui Singapura,  Malaysia, Thailand dan Kemboja.

image.pngimage.png

Ini bermakna, kenderaan elektrik (EV) itu berjaya mengharungi perjalanan sejauh 3,917 kilometer sekali gus membuktikan kebolehpercayaan dan keupayaannya yang mampu menempuh jarak tempuh yang cukup jauh.

Presiden Hyundai Motor ASEAN, Youngtack Lee berkata, dengan menyaksikan kejayaan jelajah ASEAN IONIQ 5, pihaknya mahu memperhebatkan lagi inovasi untuk mengukuhkan infrasturktur dan ekosistem EV di seluruh rantau.

image.pngimage.png

“Perjalanan mungkin telah berakhir tetapi keseronokan elektrik baru sahaja bermula,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelajah ini mendapat kerjasama dengan Persatuan Singapura (AAS), Hyundai Motor Company, influencer tempatan, dan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dari Indonesia dan Thailand. 

Sementara itu, media di Malaysia mempamerkan IONIQ 5 dan IONIQ 6 yang elegan, sementara Bangkok, Thailand, menyaksikan teknologi Revolusi Kenderaan ke Beban (V2L) IONIQ 5 yang mengubah kereta menjadi hab kuasa.

Seorang peserta dari Thailand, Nithi Thuamprathom mengakui dengan menyertai kembara itu, ia telah melangkaui jangkaannya.

image.png

“Saya cukup yakin bahawa kenderaan elektrik, terutamanya IONIQ 5, adalah pengangkutan masa depan.

“Kembara ini menghilangkan kebimbangan tentang pemanduan jarak jauh dan aksesibiliti stesen pengisian sebaliknya pemanduan EV sebenarnya cukup selesa,” katanya. 


Gallery

Tag:

IONIQ 5 ASEAN Tour
IONIQ 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

HYUNDAI Pertaruhkan IONIQ 5 N EN1 Cup Car

IONIQ 5 N eN1 Cup Car akan berentap pada perlumbaan EV pertama di dalam Hyundai N Festival.

01-04-2024
EV

EV M'sia Bakal Guna No Plat Khas

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan nombor plat khas untuk EV.

18-05-2023
EV

Hyundai Ioniq 5 N Bakal Dikeluarkan 2023 Nanti Dengan Kuasa Sekitar 600HP! Siap Ada 'Audio' Enjin?

Ioniq 5 N dan model istimewa ini kini sedang diberikan ‘sentuhan terakhir’ daripada Hyundai sebelum dikeluarkan pada tahun hadapan.

19-12-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026