Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Isuzu 1.9L, Walaupun Standard, Dah Cukup

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Isuzu Malaysia kerana sudi menghantar trak pikap terbaharu mereka,  Isuzu D-Max 1.9L Standard 2023  di hadapan rumah penulis semata-mata untuk meminta pihak CariCarz.com untuk memandu uji jentera terbaharu itu.

Untuk makluman pembaca, lazimnya para wartawan  yang terpaksa mengambil dan menghantar model kereta jika mahu melakukan sebarang tugasan berkaitan pandu uji.

Amat jarang sekali, pihak syarikat yang sanggup menghantar model-model kereta baharu mereka di hadapan rumah wartawan.

image.pngimage.png

Ini mungkin kerana kekangan masa atau sumber tenaga pekerja.

Apapun, usaha Isuzu Malaysia yang sanggup menghantar jentera mereka sememangnya amat dihargai!

Jadi, hari ini penulis ingin mengupas lebih lanjut mengenai Isuzu D-Max 1.9L Standard yang sebenarnya sesuai juga untuk kegunaan golongan mak-mak.

Biarpun, hanya sehari sahaja penulis berkesempatan menggodek-menggodek bahagian kabinnya namun pandu uji varian standard ini kira agak padu.

image.pngimage.png


Ya, ia adalah model asas namun Isuzu telah mengemas kini beberapa ciri Isuzu D-Max 1.9L Standard yang mungkin berjaya menawan hati anda.

Jangan biarkan label 'Standard' ini memperdayakan anda sehingga anda mungkin memandang enteng dengan keupayaan jentera ini.

Pada pengamatan saya, D-Max ini mempunyai penggayaan yang baik dan cukup sarat dengan peralatan kit yang mungkin mampu menewaskan pesaingnya.

Untuk permulaan, pengemaskinian yang dimaksudkan ialah penggayaan luaran dimana  warna badan dipadankan dari pintu sehinggalah bahagian  pemegang pintu belakang, manakala kemasan gril hadapan kali ini, didatangkan dengan dua tona dan bukannya berwarna perak yang dilihat pada model sebelumnya.

Selebihnya semua masih dikekalkan seperti varian Standard sebelumnya. Antaranya ciri lampu kabus halogen, rim 17-inci serta isyarat belok masih ditawarkan kepada model ini walaupun tiada lagi sports bar dan rel bumbung.

Apa yang cukup penting ialah, D-Max AT Standard ialah satu-satunya model dalam segmennya hadir dnegan lampu depan projektor LED penuh dengan lampu nyalaan siang hari jenis  LED sebagai standard.

Menjengah bahagian luarannya, saya mendapati rupa parasnya diolah dengan begitu baik sehinga membuatkan ia cukup macho berbanding dengan trak pikap lain.

Malah, Isuzu Malaysia juga dilihat telah berusaha dengan begitu baik untuk menjadikannya ia sesuai untuk kegunaan harian.

KABIN 

image.png

D-Max Standard ini dilengkapi dengan upholsteri fabrik, tempat duduk hadapan boleh laras secara manual, kemasan material .plastik di beberapa bahagian, kluster instrumen e-Lumex dengan paparan 4.2-inci.

Antara peralatan lain ialah paparan infotaimen 7-inci dengan sambungan Bluetooth dan USB, tetapi ia tidak disokong dengan  Android Auto dan Apple CarPlay.

Malah, terdapat beberapa  port USB di bahagian penumpang hadapan termasuk di belakang  serta soket 12 volt.

Selain itu, penumpang belakang juga mendapat saluran penghawa dingin belakang yang khusus – buat mereka.

image.pngimage.png

Difahamkan, ia adalah satu-satunya model dalam segmen  ini yang menawarkan ciri berkenaan.

Setakat ini, tambahan yang paling penting kepada model yang dikemas kini ini ialah kamera undur baharu yang dipasang pada pintu belakang. 

Ia berfungsi dengan empat sensor parkir dimana ia memberikan pemandu pandangan yang tepat untuk meletak kereta.

Ya, D-Max Standard merupakan satu-satunya model dalam segmen ini yang menawarkan kamera undur.

image.pngimage.png

Difahamkan, trak pikap ini tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan aktif sebaliknya dilengkapi dengan kit peralatan keselamatan pasif.

Antaranya seperti    Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VCS) namun D-Max Standard hanya mendapat dua beg udara.

Maka tidak hairanlah mengapa ia dikatakan boleh digunakan atas urusan harian.

PANDU UJI 

Mengenai trenkuasanya, ia masih menggunakan enjin sama iaitu 1.9 liter empat-silinder sebaris turbodiesel dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  148 hp dan  tork 350 Nm.

Ia digandingkan dengan  transmisi automatik enam-kelajuan, serta sistem pacuan semua roda. 

image.pngimage.png

Namun begitu, persediaan trenkuasa yang agak kurang ini mempunyai tork yang mencukupi  untuk membolehkan ia memecut.

Walaupun ia mempunyai sedikit kekurangan dalam bab trenkuasanya, D-Max Standard masih menjanjikan untuk menjadi off-roader yang cukup berkebolehan.

Ini adalah berkat daripada penambahan pembezaan penguncian elektronik baharunya pada gandar belakang.

image.pngimage.png

Bukan semua pesaingnya mempunyai ciri itu sekali gus Isuzu D-Max menjanjikan cengkaman off-road yang lebih padu.

Malangnya, tiada pengubahsuaian  dibuat sama ada pada persediaan peredam atau casisnya.

Ini bermakna olengan badan D-Max Standard agak terbuai sedikit.

Jadi, anda tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada model basic ini kerana kualitinya setimpal dengan apa yang anda bayar!

ADAKAH IA BOLEH DIPERCAYAI?

Apabila saya mengatakan ia terbuai sedikit mungkin anda menjadi sedikit was-was dengan keupayaan jentera ini.

image.png

Walaupun kebanyakan trak pikap dibina dengan jangka hayat yang panjang namun pembikinan kereta Jepun ini selalunya mengatasi pesaing dari China  atau Thailand yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ini kerana ia dilengkapi dengan peralatan dan bahagian mekanikal yang boleh dipercayai dan paling ketara ialah enjin turbodiesel 1.9 liter yang telah dicuba dan diuji. 

Bagi bit mekanikal lain, peningkatan mekanikal kecil D-Max Standard yang dikemas kini bermakna ia boleh berkongsi bahagian dengan model terdahulu dengan mudah.

Biarpun kapasiti enjinnya yan kecil berbanding  pesaingnya namun  mh D-Max Standard menawarkan penjimatan bahan api yang akan menjimatkan wang anda.

image.png

Walaupun Isuzu Malaysia tidak menyebut secara jelas kadar penggunaan bahan apinya yang tepat, kami hanya berjaya mendapatkan kadar 10.6 liter/100 KM sepanjang tempoh ujian kami, yang kebanyakannya melibatkan pemanduan di luar bandar dan bandar. 

Pada kadar ini, kapasiti tangki bahan api 76 liter D-Max Standard boleh memberikan jarak maksimum sekurang-kurangnya 700 kilometer.

Boleh tahan.

image.png

Jika anda masih meragui keupayaan Isuzu namun anda perlu menimbangkannnya semula kerana ia menawarkan   waranti lima tahun atau jarak perbatuan  150,000 kilometer.

Bagi yang berminat, jentera ini dijual pada harga  RM112,999 tanpa insurans dan  Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Standard yang baru dikemas yang diuji ini adalah antara yang paling berpatutan dalam segmennya.

SPESIFIKASI

ISUZU D-MAX 1.9L 4X4 AT STANDARD

ENJIN

1.9-litre turbocharge 4-silinder, diesel

TRANSMISI

6-kelajuan automatik, 4x4

KUASA

148 HP @ 3,600 RPM

TORK

350 NM @ 1,800 RPM

0-100 KM/J

-

V-MAKS

-

EKONOMI

-

BERAT

1,915 KG 

HARGA

RM112,999

(Tidak termasuk insurans)

 



Gallery

Tag:

Isuzu Malaysia
2023 Isuzu D-Max
Isuzu 1.9L 4x4 Standard
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden

Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.

24-11-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.

29-07-2025
Berita Auto

Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia

Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.

28-04-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?

Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.

21-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik

Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.

26-02-2025
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.

14-01-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli

Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

10-10-2024
Berita Auto

Konvoi Merdeka Isuzu 2024: Lebih 3,000 Pemilik Isuzu D-Max Serta

Para pemilik Isuzu D-Max tidak melepaskan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sempena meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, baru-baru ini.

06-09-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025