Link Copiedcheck_circle
EV

Jangan Risau Kalau Nak Beli EV, Ini Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menerusi kerjasama dengan syarikat dari Singapura,  Power Up Tech (P.Up), Nazamax kini sudah bersedia untuk melancarkan  pengecas kenderaan elektrik (EV) mudah alih berjenama Power Up  menjelang suku pertama tahun depan.

Apa yang cukup menarik ialah perkhidmatan pengecasan bergerak, Power Up mampu membantu pemilik kenderaan mengecas EV  yang tersadai di tepi jalan gara-gara kehabisan bateri.

image.pngimage.png

Buat permulaan, NAZAMAX menyasarkan untuk menggunakan sembilan van pengecas dan akan menambahkan bilangan kenderaan itu antara 60-75 unit menjelang akhir tahun nanti.

Bagaimanapun, struktur harga dan butiran mengenai operasi van pengecas di Malaysia itu masih belum diumumkan secara terperinci.

Berdasarkan pengoperasiannya di Singapura, kami menganggap ia hampir serupa dengan perkhidmatan pengecasan EV mudah alih Gentari.

image.pngimage.png

Di Singapura, perkhidmatan pengecasan mudah alih ditawarkan melalui pakej langganan dan Pay-As-You-Go.

Terdapat tiga jenis langganan iaitu Gold, Platinum dan Emerald. Dua yang terakhir termasuk perincian kenderaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nazamax, SM Fauzi SM Shalahuddin berkata, punca utama yang menghalang orang ramai menggunakan EV adalah kebimbangan mengenai pengecasan EV.

image.png

“Untuk itu, dengan adanya perkhidmatan pengecasan EV mudah alih, ini akan memudahkan pemilik EV.

“Mereka boleh mendaftar sebagai ahli dan sudah boleh mengecas kenderaan pada bila-bila masa sahaja di lokasi yang sesuai,”katanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Power UP Tech, Chin Kee Min, perkhidmatan mudah alih itu menawarkan 10 peratus perkhidmatan dalam pasaran EV sejak 18 bulan lalu

“Walaupun Singapura mempunyai kadar penggunaan EV yang lebih tinggi daripada Malaysia serta rangkaian pengecasan EV yang lebih baik namun pengguna lebih suka dengan kemudahan yang ditawarkan oleh P.UP,”  katanya.

Bagaimanapun, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa  perkhidmatan seumpama ini, sebenarnya dapat menangani   isu monopoli oleh syarikat-syarikat besar dan penyedia infrastruktur pengecasan EV.

image.png

Terdahulu van Opel e-Vivaro, yang dilengkapi dengan kapasiti tenaga 51 kWh ditayangkan bagaimana ia mampu mengecas EV lain.

Buat masa ini,Nazamax masih belum mendedahkan mengenai jenama van pengecas yang bakal digunakan nanti.


Gallery

Tag:

Power Up Tech
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Van Pengecas EV Mudah Alih P.Up Kini Di P.Pinang – Servis Cuci Turut Ditawarkan

Syarikat penyedia servis pengecasan kenderaan elektrik (EV) mudah alih Singapura, Power Up Tech (P.Up) kini di Malaysia.

22-09-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026