Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PERHATIAN! Buat Pengguna Besraya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Besraya (M) Sdn Bhd akan menutup pusingan U di Kilometer (KM) 15.6 arah utara Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) pada 2 Januari ini, bermula 3 petang hingga 9 malam.

Syarikat konsesi lebuh raya itu berkata,  penutupan berjadual itu  hanya dilaksanakan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat.

“Ia bertujuan memberi kemudahan dan kelancaran trafik kepada penduduk setempat di sekitar Salak Selatan.

“Ketika penutupan pusingan U itu, trafik akan dilencongkan ke pusingan U di KM B0.8 (berjarak 1 kilometer dari pusingan U asal di KM15.6) bagi melancarkan aliran trafik demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya,”katanya dalam satu kenyaataan.

image.png

Menurut kenyataan itu pembangunan yang pesat di sepanjang jajaran Lebuhraya BESRAYA seperti Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Salak Jaya menjadi antara penyumbang kepada pertambahan jumlah trafik di kawasan tersebut.

"Selain itu, isu lalu lintas bersilang di persimpangan tersebut turut menjadi faktor utama bagi pengguna lebuh raya dari arah utara di sekitar Salak Selatan dan Hubungan Timur-Barat menggunakan pusingan U berkenaan yang mengganggu aliran trafik di laluan utama Lebuhraya BESRAYA.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian Besline di 1-800-88-0999.


Gallery

Tag:

Sungai Besi Motorway (BESRAYA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!

Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.

05-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026