Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

hsr-3.jpeg


Pelaksanaan semula projek HSR dijangka akan membawa impak ekonomi yang positif kepada Negeri Sembilan (Gambar hiasan)


Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik sebarang usaha dan perancangan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang sebelum ini dibatalkan.


IMPAK YANG POSITIF KEPADA EKONOMI


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyatakan bahawa pelaksanaan semula projek ini akan membawa impak ekonomi yang positif kepada Negeri Sembilan.


“Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan dan kerajaan negeri tidak pernah membatalkan tapak (stesen) dan jajaran sedia ada. Memang kita rancang sebuah bandar yang baharu di kawasan tersebut, memang ia merupakan satu perkara yang perlu disegerakan bagi memastikan pembangunan negara dan negeri lebih cepat dan saya yakin ia memberi manfaat kepada negeri ini.


hsr-2.jpeg


Laluan HSR


Tambah beliau, “Ia perkara yang baik bagi memastikan bahawa rakyat mendapat kemudahan pengangkutan awam yang blebih baik dan maju dan kita berharap ini akan memudahkan hubungan di antara kedua-dua negara dan perhubungan di antara negeri yg ada di selatan ini.”


Seremban telah ditetapkan sebagai salah satu daripada tujuh lokasi stesen HSR, sebuah projek yang melibatkan pembinaan landasan di laluan berkepanjangan 52 kilometer di Negeri Sembilan, dengan stesen HSR Seremban yang dicadangkan akan terletak di Labu, Nilai.


hsr-1.jpeg


CADANGAN PEMBIAYAAN


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura, baru-baru ini bertitah ingin menghidupkan semula projek HSR.


Baginda mencadangkan pembiayaan projek tersebut boleh dibiayai  melalui inisiatif kewangan swasta, di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan selama 30 tahun, membolehkan kontraktor mendapatkan pulangan modal sebelum hak pemilikan dikembalikan kepada kerajaan.

"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

"Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

"Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak, namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak," titah baginda.

KAJIAN SEMULA PROJEK

Mengulas mengenai perkara ini, Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM), Profesor Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata,  sekiranya projek ini ingin dihidupkan kembali, kajian semula perlu dilakukan memandangkan kajian sebelum ini sudah lama dan pastinya berlaku banyak perubahan. 

Sumber: Utusan, Sinar Harian

Tag:

HSR
Kereta Api Berkelajuan Tinggi
Projek HSR
Kereta Api
Pengangkutan Awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek HSL KL-Singapura: Penilaian Cadangan Konsep Ambil Masa 2 Bulan

Proses penilaian tujuh Cadangan Konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) dijangka mengambil masa dua bulan.

05-03-2024
Global

Kereta Api 'Whoosh' Berkelajuan 350 KM/J Bakal Beroperasi Di Indonesia

Projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion dirasmikan di Indonesia.

03-10-2023
Berita Auto

Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala.

05-05-2025
Berita Auto

Jualan Tiket KTMB Enam Bulan Lebih Awal Bermula Hujung Bulan Ini

Sistem jualan tiket bulanan secara berperingkat diperkenalkan.

28-07-2023
Berita Auto

Kereta Api Rentas Kepulauan Borneo Sedang Dipertimbangkan?

Sarawak telah mengusulkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo.

28-05-2023
Berita Auto

Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

16-03-2023
Global

Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...

Penumpang LRT Jakarta diserang zombi? Ini kisah di sebaliknya...

09-09-2022
Berita Auto

Projek Tram Putrajaya 'Bungkus'! Kos RM212 Juta Terlalu Mahal

Harapan warga Putrajaya untuk melihat sistem Transit Aliran Automatik (ART) atau tram tanpa rel beroperasi di pusat pentadbiran negara nampaknya terkubur.

10-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026