Link Copiedcheck_circle
EV

KECOH! Pra Tempahan BYD Seal Akan Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

BYD Sime Darby Motors menjadi bualan hangat di media sosial sejak pagi tadi selepas ia mengumumkan bahawa pra tempahan untuk model BYD Seal akan dibuka pada 19 Januari ini.

Pra tempahan itu  dibuka secara eksklusif secara dalam talian serentak  dengan pelancaran laman web BYD Malaysia.

Bagaimanapun, ada yang mengandaikan bahawa BYD Seal versi Malaysia adalah sama seperti mana yang ditawarkan di negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

image.png

Buat masa ini, tiga varian akan dibawa masuk ke pasaran kita iaitu: Dynamic Standard Range, Premium Extended Range, dan  Performance AWD.

Sebagai rujukan BYD Seal yang ditawarkan di Thailand, varian Dynamic RWD dilengkapi dengan bateri LFP 61.4 kWj dan sebuah motor elektrik dipasang di gandar belakang.

Bagi varian Premium RWD pula, ia mempunyai bateri lebih besar dengan kapasiti 82.5 kWj dan sebuah motor elektrik lebih berkuasa yang menjana 313 hp. Jarak pandu bagi varian ini adalah sekitar 650 km.

image.png

Sementara itu, bagi varian tertinggi, Seal Performance AWD ia didatangkan dengan bateri 82.5 kWj dan dengan dua motor elektrik, ia boleh  memberikan kuasa sebanyak 530 hp dan tork 670Nm.

Bagaimanapun, harga BYD Seal di Malaysia masih belum didedahkan namun sudah  kecoh di media sosial bahawa ia menjadi pesaing sengit buat Tesla Model 3.

Berdasarkan sumber dalaman kami, BYD Seal akan dilancarkan pada suku pertama ataupun suku kedua.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi BYD Sime Darby Motors.

Gallery

Tag:

BYD
BYD SIme Darby Motors
BYD Seal pre-orders Malaysia
BYD Seal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Global

BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia

BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.

15-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026