Link Copiedcheck_circle
EV

Nissan Ariya Nismo, EV Paling Padu?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena pameran  Tokyo Auto Salon 2024 (TAS 2024), kebanyakan pengeluar kereta membawa masuk model-model mereka yang luar biasa.

Tidak terkecuali pembuat kereta Jepun, Nissan mempamerkan jentera canggihnya, Nissan Ariya Nismo elektrik.

Kenderaan Utiliti Sukan itu adalah kereta Nismo yang paling berkuasa pernah dicipta setakat ini.

image.png

Nissan dikatakan berhasrat untuk menawarkan dua varian iaitu Nismo B6 e-4ORCE dimana ia mempunyai dua motor elektrik dan mampu menghasilkan kuasa setakat 362 hp dan tork 560Nm. Ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 66 kWj.

Satu lagi varian ialah Ariya Nismo B9 e-4ORCE dimana ia mempunyai pek bateri tyang lebih besar iaitu 91 kWj.

Dengan motor elektrik berkembar ia boleh menghamburkan setakat 430 hp dan tork 600 Nm.

Buat masa ini, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai prestasi Nissan Ariya.

Namun Nissan Ariya yang mempunyai motor berkembar boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.1 saat tetapi jangkaan pecutan buat Ariya berlencana Nismo mungkin lagi cepat daya pecutannya.

Selain itu, kami juga boleh menjangkakan Nissan Ariya Nismo akan menawarkan pengendalian yang cukup mantap kerana sistem penggantungan sudah diubah suai.

image.pngimage.png

Difahamkan, ia juga dilengkapi dengan mod pemacu Nismo eksklusif dengan tindak balas maksimum dan runut bunyi enjin yang dipertingkatkan.

Secara visual, Nissan Ariya Nismo dibezakan dengan Ariya biasa kerana Nismo menggunakan bampar hadapan yang lebih sporty yang dilapisi dengan pembahagi berwarna merah. Turut baharu di sini ialah panel rocker dan cermin sayap, kedua-duanya juga selesai dalam warna merah.

Tidak ketinggalan ialah ada panel rocker  dan cermin sisinya dikemaskan dengan warna merah, rim aloi bersaiz 20 inci serta ada lencana Nismo dipasang di sekeliling jentera berkenaan.

image.pngimage.pngimage.png

Beralih kepada kabinnya, ia nyata sporty kerana  tempat duduknya  dihiasi dengan logo Nismo, aksen merah pada konsol tengah, dan papan pemuka, ada jahitan kontra berwarna  merah, termasuk  logo Nismo kecil pada papan pemuka.

Bagaimanapun selain di Jepun, masih tidak jelas sama ada Nissan akan menawarkan versi hot ini ke negara lain atau tidak.

Gallery

Tag:

TAS 2024
Nissan
Nissan Ariya EV
Nissan Ariya Nismo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

29-01-2024
Global

18-01-2024
Global

17-01-2024
EV

15-01-2024
EV

12-01-2024
Global

28-12-2023
Global

27-12-2023
Global

19-12-2023

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026