- Berita
- Gaya Hidup
- Lebih 3,400 Peserta Sertai Larian Chery Eco Run
Golongan kanak-kanak turut menyertai larian tersebut.
Lebih 3,400 peserta menyertai Chery Eco Run 2024 yang julung kali diadakan di Putrajaya, semalam.
Larian yang bertemakan ‘A New Journey To A New Green Life’ dikatakan cukup meriah kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain larian, para peserta dan pengunjung juga berpeluang melihat kenderaan-kenderaan jenama Chery dengan lebih dekat seperti Omoda 5, Tiggo 8 Pro, dan Omoda E5.
Difahamkan, Omoda E5 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Memandangkan acara tersebut telah memperolehi sambutan positif dari para peserta , Chery Malaysia menyatakan bahawa pihaknya sedang mengkaji untuk menjadikan larian itu sebagai acara tahunan.
Presiden Chery Malaysia, Leo Chen berkata, Chery Eco Run adalah titik permulaan penting bagi pihaknya untuk bergerak ke hadapan.
Chen (kiri) menyerahkan hadiah bertuah kepada salah seorang peserta.
“Melalui inisiatif seperti Chery Eco Run, Chery berharap dapat meningkatkan kesedaran dan mempromosikan budaya yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mendorong komuniti tempatan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.
Tengku Zafrul melepaskan acara larian Chery Eco Run 2024.
Acara larian itu dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Malah, Tengku Zafrul turut serta menyertai dalam larian tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai Chery Malaysia, layari www.chery.my atau https://www.facebook.com/cherymalaysiaofficial.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari