- Berita
- Gaya Hidup
- TAS KL 2024: Cabutan Bertuah Berupa Honda Civic Type R Mugen

Acara pameran terkenal dunia Tokyo Auto Salon (TAS), Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur bakal membuat kemunculan buat kali kedua di Malaysia pada 10 November ini.
TAS Kuala Lumpur 2024 akan diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur selama tiga hari bermula dari 8 hingga 10 November 2024 ini.

Malah, TAS KL 2024 ialah satu-satunya edisi luar negara yang disahkan secara rasminya oleh pemilik pameran yang asal, San Ei Corporation.


Ia mendapat kerjasama antara Element X Strategies sebagai pemegang lesen rasmi tunggal Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur.
Apa yang cukup menarik pada tahun ini adalah wajib mengunjungi acara berprestij ini memandangkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah jentera Honda Civic FK8 Type R Mugen yang sudah siap ditala!
Biarpun, ia bukan gen FL5R terbaharu untuk Type R Honda namun versi edisi Mugen ini, sebenarnya dibekalkan oleh pakar terkenal dan rakan kongsi House of Type R.


Untuk makluman, jentera ini disumbat dengan enjin 2.0 liter 4-cyl VTEC turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 318 hp dan 400 Nm serta dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Jentera ini juga dipadankan dengan mrim aloi 20-inci Rays TE37, aerokit Mugen penuh, lampu belakang Mugen, gear Mugen. tombol, dan banyak lagi.


Bagaimanapun, kos pendaftaran termasuk insurans, cukai jalan, pengangkutan dan semua caj sampingan lain akan ditanggung oleh pemenang.
Sehubangan itu, jika anda berminat untukmengunjungi acara ini, anda hanya perlu membeli satu tiket dan perlu membayar RM28 untuk menyertai cabutan bertuah itu.
Untuk makluman, tiket biasa berharga RM60 dan RM120 untuk pas 3 hari, tiket untuk kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun berharga RM30 sehari dan RM60 untuk pas 3 hari, kanak-kanak di bawah umur 6 tahun diberikan kemasukan percuma.
Golongan orang kurang upaya (termasuk 1 penjaga jika diperlukan) juga layak mendapat potongan 50 peratus daripada harga tiket.
Tiket boleh dibeli menerusi https://tickets.tokyoautosalonkl.com/ atau secara walk-in di MITEC semasa pameran.
Bagaimanapun, anda perlu membeli tiket acara itu sebelum pukul 6 petang pada 10 November 2024.
Tiket pemenang akan dicabut di atas pentas pada jam 8.00 malam pada hari terakhir TAS Kuala Lumpur pada 10 November 2024.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


