Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Prestasi Proton Commerce melonjak disebabkan model Proton Saga.

Proton Commerce meletakkan sasaran  untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada tahun ini selepas mereka berjaya mencapai rekod pembiayaan yang cukup tinggi pada tahun lepas.

Sepanjang tahun 2023, Proton Commerce mengeluarkan sejumlah 27,288 pinjaman kepada pembeli Proton.

Angka itu disifatkan satu jumlah pengeluaran tertinggi yang direkodkan sejak penubuhannya.

Apa yang cukup menarik ialah lapan daripada 12 bulanmmenyaksikan lebih daripada 2,000 pengeluaran, dengan pencapaian bulan Mac tertinggi iaitu sebanyak 2,934.

Difahamkan, angka itu dicapai kerana menghantar tempahan yang dibuat dalam tempoh insentif PENJANA.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce,  Mooi Fi Phang berkata, landskap perniagaan pembiayaan Proton telah menunjukkan peningkatan trajektori yang stabil.

image.png

FI PHANG.

“ Ia meningkat daripada 9 peratus pada tahun 2018 kepada 18 peratus menjelang akhir tahun 2023 sekali gus menandakan pegangan pasaran tertinggi yang telah kami capai setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, satu pencapaian terunggul untuk Proton Commerce pada tahun lalu ialah memperoleh statusnya sebagai pembiaya utama untuk model paling laris  t dalam barisan kenderaan PROTON, Proton Saga. 

image.png

PROTON X90.

Sejak suku keempat tahun 2021, Proton Commerce  secara konsisten memegang kedudukan teratas untuk model itu, dan pada tahun 2023, 61% daripada jumlah pengeluaran pinjaman adalah untuk Proton Saga.

image.png

PROTON SAGA.

Maka, pada tahun ini, Proton Commerce sudah bersedia untuk meningkatkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi dengan memanfaatkan populariti  rangkaian model Proton yang sedia ada.

“Proton Commerce berhasrat untuk melonjakkan kedudukan pembiaya Proton terulung. Selain menjaminkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan.

“Kami  juga akan menawarkan pakej kewangan yang kompetitif untuk model terbaharu Proton seperti X90 dan S70 serta menghubungi pelanggan EV yang berminat untuk membeli smart #1,” tambahnya. 

Gallery

Tag:

proton saga
2024 Proton S70
Proton Commerce
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026