Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Standard Baharu Untuk Baik Pulih Kenderaan Akan Diumumkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

KERETA-KEMALANGAN-1.jpeg

 MS akan membentuk piawaian baharu untuk pembaikan kenderaan yang selamat dan lebih tepat selepas kemalangan (Gambar hiasan)


Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) masih menantikan pengumuman Standard Malaysia - Keperluan Pembaikan Selepas Pasaran untuk Kenderaan Kemalangan (MS) pada suku pertama tahun ini. 


PIAM pada Jumaat lalu menyatakan bahawa MS akan membentuk piawaian baharu untuk pembaikan kenderaan yang selamat dan lebih tepat selepas kemalangan. 


Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak berkepentingan utama dalam ekosistem pembaikan kemalangan termasuk Kementerian Pengangkutan, JPJ, PUSPAKOM Sdn Bhd, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Gabungan Persatuan Pemilik Bengkel Automobil, Persatuan Automotif Malaysia, PIAM, Persatuan Takaful Malaysia, dan pembaikan (termasuk pembaikan francais kenderaan).


PIAM-1.jpeg


Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ sedang melakukan semakan semula panduan pembaikan kenderaan selepas kemalangan untuk memastikan pematuhan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


PIAM menyatakan kemajuan terkini dalam teknologi automotif dan pembaikan telah diterapkan dalam piawaian ini, memberi tumpuan kepada aspek seperti kekusutan/bengkok, penjajaran casis dan roda serta kakisan pada badan. Garis panduan ini akan diwajibkan untuk pembaikan kenderaan persendirian. 


"Garis panduan ini akan menjadi mandatori untuk pembaikan semua kenderaan persendirian apabila dilaksanakan," katanya.


PIAM juga sedang melakukan pemantauan teliti mengenai perkara tersebut serta perkembangan pengawalseliaan penting yang lain, di samping mengkaji kesan terhadap eksosistem pembaikan kenderaan kemalangan dan masa depannya. 

Sumber: Bernama

Tag:

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
JPJ
PIAM
Standard Malaysia - Keperluan Pembaikan Selepas Pasaran untuk Kenderaan Kemalangan (MS)
Standard Pembaikan Kenderaan Baharu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Jangan Ke Thailand Tanpa Insurans Ini... Belajar Daripada Tragedi Banjir Hat Yai

PIAM nasihatkan pemandu ke Thailand membuat semakan semula perlindungan insurans selepas banjir di Hat Yai. Tambah Endorsemen 101 & 57 untuk perlindungan semasa berada di luar negara, termasuk risiko banjir kilat.

04-12-2025
Berita Auto

Penggunaan EV Meningkat: Industri Insurans Hadapi Cabaran Baharu

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di Malaysia kini mengundang cabaran baharu kepada industri insurans.

09-10-2025
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026