Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Janji Sediakan 15 Supercharger Untuk Semua Jenama – Adakah Akan Ditepati?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-SC-roll-out-(1).jpeg


Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bersama Pengarah Urusan Tesla Malaysia, Isabel Fan


“Kami menetapkan syarat kepada TESLA untuk memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger dalam masa 3 tahun dan sekurang-kurangnya 30% daripadanya mestilah boleh digunakan oleh jenama lain juga,” demikian kata Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam satu perkongsian yang dibuat melalui media sosial,  X. 


Kenyataan tersebut menerangkan mengenai salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang dilaksanakan daripada 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025, yang membolehkan kedatangan rasmi jenama Tesla ke dalam pasaran negara kita.


Tesla-SC-roll-out-(2).jpg


Pelancaran Tesla Model 3 Highland di Malaysia


Setakat ini, Tesla merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan yang dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia di bawah insiatif tersebut. Ini memberikan kelebihan kepada Tesla untuk menyumbang kepada pembangunan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia. 


Namun selain infrastruktrur pengecasan EV, Tesla tidak memberikan sumbangan yang besar dalam aspek peluang pekerjaan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penggunaan alat ganti automotif tempatan dan usaha pemasangan tempatan (CKD), berbeza dengan pengeluar lain yang telah memasuki pasaran negara.


Tesla-SC-roll-out-(1).jpg


Tesla Model Y


Berbalik kepada topik infrastruktur pengecasan, berdasarkan kenyataan Tengku Zafrul, Tesla perlu menyediakan sekurang-kurangnya 30% Supercharger yang boleh digunakan jenama lain, namun sehingga kini Supercharger yang didirikan hanyalah untuk kegunaan pemilik EV Tesla. 


Sementara itu, daripada 50 Supercharger yang dijanjikan, buat masa ini 34 buah telah disediakan dalam pelbagai peringkat operasi, termasuk yang terbaru di Pavilion Bukit Jalil (6 unit) yang masih belum diaktifkan. Lokasi lain adalah di Pavilion KL (8 unit), Sunway Pyramid (4 unit), Sunway Big Box Johor (4 unit), A'Famosa Freeport Melaka (4 unit) dan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya (8 unit). 


Tesla-SC-roll-out-(3).jpg


Destination Charger Tesla ditempatkan di lokasi seperti pusat beli-belah dan parkir pejabat


Memandangkan Tesla telah menyediakan sebanyak 34 unit Supercharger, bermakna hanya tinggal 1 unit sahaja lagi Supercharger yang boleh ditetapkan khas untuk pengguna Tesla, manakala bakinya iaitu sebanyak 15 unit (30%) lagi perlu disediakan untuk pengguna EV pelbagai jenama. Persoalannya, adakah Tesla akan memenuhi janjinya?


Tesla-SC-roll-out-(4).jpg


6 Supercharger (pengecas DC) dan 2 Destination Charger (pengecas AC) Tesla telah disediakan di Pavilion Bukit Jalil. Kesemua pengecas ini masih menantikan kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga sebelum dibenarkan untuk beroperasi


Seperti biasa, nantikan pendedahan yang akan dibuat dari masa ke masa dan jangan lupa ikuti Facebook kami untuk berita automotif terkini. 

Tag:

Tesla Malaysia
Tesla Supercharger
Tesla Destination Charger
Pengecas EV Tesla
Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025
Kereta Baru
EV

10-06-2025

Berita Terkini

EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026