Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba

Sofea Najmi

Kongsi melalui
CariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-2.jpgVW-Passat-B8-CaricarzListing-(2).jpgVW-Arteon-MY-(1).jpg

VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengeluarkan notis panggilan semula terbaru melibatkan model Golf Mk8, Passat B8 dan Arteon keluaran tahun 2019 hingga 2024 ekoran isu membabitkan lapik pelindung haba. 


CariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-51.jpgCariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-11.jpg


Menurut VPCM, lapik pelindung haba yang digunakan pada model-model yang terjejas ini tidak dipasang dengan betul semasa pengeluaran disebabkan oleh spesifikasi yang tidak tepat. 


Baca: Beli VW Dengan Diskaun Hingga RM18,888 Sempena Tahun Baru Cina


Tanpa perlindungan haba yang betul, boleh mengakibatkan kebocoran pada tangki brek. Minyak brek yang mengalir keluar ini boleh menyebabkan kenderaan terbakar. 


VW-Arteon-MY-(3).jpgCariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-28.jpg


Jelas VPCM, cara yang boleh digunakan untuk memeriksa sekiranya kereta anda terjejas dengan masalah ini adalah dengan melihat lampu amaran brek. Lamu amaran yang menyala bermaksud tahap minyak brek anda rendah. Bagaimanapun, walaupun amaran tersebut tidak menyala, semua pemilik model yang terjejas dinasihatkan untuk membuat janji temu untuk pemeriksaan atau servis melalui aplikasi Volkswagen Care secepat yang mungkin. 


Dalam kes yang serius membabitkan kebocoran minyak brek, kemungkinan besar silinder utama brek akan ditukar. Untuk servis ini, pelanggan tidak akan dikenakan sebarang caj dan masa yang diambil hanyalah dalam dua jam. 


CariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-13.jpgVW-Arteon-MY-(2).jpg


Buat masa ini, tiada sebarang kes kebakaran dilaporkan yang berpunca daripada isu pemasangan lapik pelindung haba yang salah sebelum pemanggilan semula produk ini diumumkan VPCM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh layari laman tindakan servis rasmi VPCM. 

Tag:

Volkswagen Passenger Cars Malaysia
Volkswagen Arteon
Volkswagen Passat
VW Golf Mk8
Panggilan Semula
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

VW Golf GTI Mk 8 Ditambah Ciri Baharu! Speaker Lebih Padu, Ada HUD

VPCM memulakan tahun 2024 dengan pengumuman penambahan beberapa ciri baharu untuk VW Golf GTI generasi ke-8. Ini ciri barunya...

03-01-2024
Kereta Baru

Harga Golf R CKD Cukup Marhaen!

Bagi yang berminat, anda sudah boleh tempah Golf R.

08-08-2023
Berita Auto

Volkswagen Golf R Mk8 Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Volkswagen Golf R Mk8 akan dihasilkan secara tempatan (CKD)?

16-07-2023
Pandu Uji

Volkswagen Golf GTI 2022, Penilaian Prestasi Sebenar!

Volkswagen Golf GTI 2022 menawarkan pemanduan berprestasi tinggi.

12-01-2023
Berita Auto

Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw

VPCM menawarkan promosi hebat sempena pembukaan semula sektor ekonomi.

17-09-2021
Kereta Baru

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Dilancarkan! Kereta Paling Cun Dihasilkan Volkswagen?

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan model andalan terbaharunya iaitu Arteon R-Line 4MOTION.

19-07-2021
Berita Auto

Di Sebalik Pelaksanaan Total Lockdown, Ia Kini Boleh Ditempah Melalui eShowroom!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pihaknya kini sudah menerima pra-tempahan untuk model sedan terbaharunya, Arteon R Line 4 MOTION!

18-06-2021
Berita Auto

Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Bulan Jun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi penjimatan istimewa sepanjang bulan Jun ini.

04-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026