Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Omoda E5 Kini Rasmi Di Indonesia – Dapat Waranti SEUMUR HIDUP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Chery-Omoda-E5-Indonesina-debut.jpg


Chery Motor Indonesia telah memperkenalkan Omoda E5 di negaranya awal minggu ini. 1,000 pelanggan pertama bukan hanya dapat menikmati diskaun istimewa, malah mendapat jaminan tambahan 'Seumur Hidup.' (Foto: Marketeers.com)


Awal minggu ini, negara jiran kita, Indonesia, telah menerima kedatangan SUV elektrik Chery Omoda E5 secara rasmi. Model ini dijangka dapat dijual dengan laris kerana dipasarkan pada harga ‘diskaun’ melalui subsidi daripada kerajaan sebagai sebuah model pemasangan tempatan (CKD) di sana. Tetapi bukan itu sahaja…


Sebelum kami jelaskan apa lagi ‘daya tarikan’ lain Chery Omoda E5 yang dipasarkan di Indonesia, kami jelaskan dulu harga jualannya. Chery Omoda E5 dijual pada harga IDR498 juta (~RM151,875), tetapi 1,000 pelanggan pertama dapat menikmati diskaun tambahan dan memiliki EV ini pada harga IDR488 juta (~RM148,825)Namun, ini mungkin tidak setanding dengan fakta seterusnya…


Selain ditawarkan pada harga mampu milik, Chery Motor Indonesia turut menawarkan jaminan SEUMUR HIDUP untuk motor elektrik dan bateri Omoda E5. Skim jaminan seperti ini mungkin yang pertama seumpamanya pernah ditawarkan syarikat pengeluar EV, tetapi ada syaratnya...


Skim jaminan ini hanya ditawarkan secara eksklusif kepada 1,000 pelanggan pertama Omoda E5 di Indonesia. Ini bermakna pelanggan-pelanggan terawal Omoda E5 di republik tersebut bukan sekadar dapat menikmati subsidi kerajaan, diskaun tambahan, malahan jaminan seumur hidup. 


chery-omoda-e5_CNN-Indonesia.jpeg


Chery Omoda E5 ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif di Indonesia kerana dipasang secara CKD


Untuk pembeli di Indonesia yang tidak sempat memanfaatkan tawaran tersebut, atau  sebagai pembeli biasa, masih lagi akan menerima tempoh jaminan standard yang panjang iaitu  6 tahun atau sehingga 160,000 KM untuk bateri dan motor elektrik. 


Kedua-dua jaminan seumur hidup dan standard didatangkan bersama-sama dengan jaminan kenderaan standard selama 6 tahun atau 160,000 KM. Sebagai tambahan, Chery Motor Indonesia turut menyertakan perjanjian alat ganti percuma selama 5 tahun atau 75,000 KM.


Chery-OMODA5-H-EXT-27.jpgChery-Tiggo8Pro-Ext-2.jpg


Di Malaysia, Chery menawarkan jaminan lanjutan 10 tahun/1,000,000 KM untuk 3,000 pelanggan pertama Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-1.jpg


Chery Omoda E5 telah dipertontonkan kepada media tahun lalu. Pelancaran model ini dijadualkan pada Mac 2024. 


Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, Chery menawarkan pelan jaminan tambahan 10 tahun atau sehingga 1,000,000 KM untuk model CKD, Chery Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro dengan tambahan RM2,000. Yang menariknya, pelan jaminan tambahan ini ditawarkan secara PERCUMA kepada 3,000 pelanggan pertama.


Pada pendapat anda, adakah Chery Malaysia patut mempertimbangkan tawaran yang sama seperti yang ditawarkan di Indonesia untuk pasaran Malaysia bagi Omoda E5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi?

web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-3.jpg

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Chery Omoda E5, EV Cecah 430 KM Ini Bakal Dilancarkan Mac 2024


Tag:

Chery Omoda
Chery Omoda E5
SUV Chery
EV Chery
Chery Omoda E5 Indonesia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025
Global

Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x

Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.

26-12-2024
Gaya Hidup

OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked

Omoda menjalinkan kerjasama dengan Universal Pictures sempena pelancaran filem terbaharu berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked.

27-11-2024
Berita Auto

Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

12-08-2024
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024
Berita Auto

Perkembangan Terkini: Isu Gandar Omoda 5

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sudah menghubungi kesemua 60 pemilik Omoda 5 yang berhadapan dengan isu gandar belakang (Axle).

13-05-2024

Berita Terkini

Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.

08-08-2025
Global

Volkswagen Umum Henti Pengeluaran Touareg, Tiada Pengganti

Volkswagen akan menamatkan pengeluaran SUV premium bersaiz sederhana, Touareg, menjelang tahun 2026 selepas lebih dua dekad berada di pasaran.

08-08-2025
Global

Toyota Sienta Juno Didedah Tetapi Bukan Di Malaysia

Sienta kali ini didatangkan dengan varian Juno sekali gus menjadi tumpuan di Jepun.

08-08-2025
Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.

07-08-2025
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025