Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia – Lantik 9 Pengedar Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dealership-.JPG


Pengedar eksklusif kenderaan GAC di Malaysia, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), baru-baru ini telah mengadakan upacara penandatanganan bersama sembilan pengedar baharu di pusat pameran GAC Motor Malaysia di Seksyen 13, Petaling Jaya.


Menurut WTCA, upacara ini mencerminkan usaha syarikat untuk memperkukuh kehadirannya dalam sektor automotif Malaysia.


GAC_Dealership-(1).jpg


Sembilan agensi pengedar yang dilantik ialah:


  • Evolution Autotech Sdn Bhd
  • Gem Utara Sdn Bhd
  • Ju Brothers Motor Sdn Bhd
  • Klinik Kereta Tampin Sdn Bhd
  • Kuantan Motor Sdn Bhd
  • Mercu Usaha Automobile Sdn Bhd
  • Motion Beyond Sdn Bhd
  • Sincere Scope Sdn Bhd
  • SV Auto Selection Sdn Bhd

Semua agensi pengedar yang disenaraikan di atas dijadualkan akan membuka cawangan mereka menjelang suku kedua tahun ini. Pusat pengedaran ini ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu di Cyberjaya, Alor Setar, Butterworth, Seremban, Kuantan, Sungai Petani, Setia Alam, Johor Bahru dan Balakong.


DSC02666.jpg


Pusat-pusat pengedaran ini merupakan asas bagi operasi jualan dan selepas jualan GAC Motor Malaysia. Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan WTCA, Tan Keng Meng, "kepakaran pengedar dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan sejajar dengan nilai-nilai WTCA. Kami menyasarkan untuk menyediakan pengalaman automotif yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh negara."


thumb_GAC-Aion-Y-Plus-Preview.jpg


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pengedar sedia ada atas sokongan mereka yang teguh, dan menyatakan bahawa pelantikan agensi pengedar baharu ini mencerminkan komitmen GAC Motor Malaysia terhadap kecemerlangan jenama dan perkembangannya di Malaysia. Tan menambah bahawa WTCA akan terus membuat pelaburan untuk memperluaskan rangkaian dan meningkatkan titik sentuh pelanggan, termasuk di Sabah dan Sarawak.


WTCA pada awal bulan ini telah memperkenalkan GAC GS3 EMZOOM, yang kini boleh ditempah, GAC AION Y PLUS EV, yang akan mula ditawarkan pada Q2 2024, dan GAC Emkoo, yang dijadualkan akan dilancarkan tahun ini dengan usaha pemasangan tempatan (CKD).

Tag:

WTC Automotif (WTCA)
WTCA
GAC Motor Malaysia
GS3 EMZOOM
AION Y PLUS EV
GAC Emkoo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800

WTCA secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.

13-10-2024
Berita Auto

WTCA Meterai MoU Dengan GAC Motor, Kaji Pemasangan CKD Untuk Eksport Ke Vietnam

Pengeluaran CKD GAC Motor bakal diperluaskan lagi selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WTCA.

01-04-2024
Global

Kilang GAC Aion Thailand Bakal Siap Julai Ini – Aion Y Plus Jadi Model Pertama, Import Ke M'sia?

GAC Aion telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran luar negara pertamanya di Koridor Ekonomi Timur (EEC) di Rayong, Thailand.

01-02-2024
Kereta Baru

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.

01-02-2024
Kereta Baru

Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!

WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...

31-01-2024
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023
Berita Auto

WTCA Labur RM60 Juta Untuk Program CKD GAC GS3

WTCA hari ini telah mengumumkan projek pemasangan CKD dengan syarikat Guangzhou Automobile Group (GAC).

11-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026