Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangka 2.4 Juta Kenderaan Sehari Sempena Tahun Baharu Cina – LLM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

LLM-CNY-2024-(THUMB).jpeg


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberikan tol percuma


Pemberian tol percuma ini khas untuk kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja bermula hari ini, 8 Februari 2024 pada jam 12.01 pagi tadi hingga 9 Februari 2024, pada jam 11.59 malam. Perjalanan ‘percuma’ ini bagaimanapun tidak membabitkan  Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua  Malaysia-Singapura (LINKEDUA).


LLM-CNY-2024-(1).pngLLM-CNY-2024-(2).jpg


LLM menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah trafik sehingga 2.4 juta kenderaan di lebuh raya yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan bermula seawal Khamis, 8 Februari 2024. Dari jumlah tersebut, 1.5 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sahaja.


Selain itu, sehingga 199,000 kenderaan dijangka akan berada di Lebuhraya KL-Karak, manakala 106,000 kenderaan dijangka di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 61,000 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.


LLM-CNY-2024-(2).png


Untuk menguruskan peningkatan trafik ini dengan lebih baik, LLM telah memberikan arahan kepada pengendali lebuh raya untuk melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:


1. Larangan penutupan lorong lebuh raya kecuali untuk kecemasan dari 5 Februari 2024 hingga 14 Februari 2024.

2. Pengaktifan 'lorong pintar' di Lebuhraya PLUS dan 'laluan kontra' di Lebuhraya KL-Karak.

3. Penyelenggaraan operasi dan kemudahan lebuhraya, terutamanya di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan hentian sebelah (Lay By), untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

4. Memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol, serta penambahan lorong tol sementara di plaza tol yang menjadi laluan ramai.

5. Penyediaan tempat letak kereta tambahan dan kemudahan tandas bergerak di pelbagai R&R di lebuh raya utama.


LLM juga menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA untuk Lebuhraya Utara-Selatan dan aplikasi Travel Time Advisory (TTA) untuk lebuh raya lain. Pastikan juga kenderaan dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk perjalanan jauh. 


Selain itu, pengguna lebuhraya juga dinasihatkan untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif semasa kesesakan apabila 'lorong pintar' diaktifkan.

Tag:

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
LLM
Tahun Baharu Cina 2024
Tol percuma
CNY 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiada Liputan Internet Di Lebuhraya, Pasukan Petugas Khas Bakal Selesaikan Masalah Tersebut

Lebih 50 kilometer jajaran lebuh raya dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

30-07-2025
Berita Auto

Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh

PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini.

01-07-2025
Berita Auto

Kesesakan Teruk Bakal Selesai Selepas Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Siap

Projek pelebaran lebuhraya itu membabitkan dua inisiatif iaitu satu membabitkan pelebaran KLK dan satu lagi berkaitan mitigasi banjir di sepanjang LPT1.

20-05-2025
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025
Berita Auto

Aidilfitri: Perantau Mula Balik Ibu Kota

Ramai memilih pulang ke ibu kota pada hari ini.

13-04-2024
Berita Auto

Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat

Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.

12-03-2024
Berita Auto

Tiada Permohonan Nak Bina Tol Di Genting Highlands

Nak bina tol plaza, masih perlu memohon mengikut prosedur.

23-10-2023
Berita Auto

Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .

08-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026