Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Carnival 2024: 3 Varian, Harga Berbaloi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Auto (Bauto) melalui anak syarikatnya, Dinamikjaya Motors Sdn.Bhd baru sahaja mengemas kini rangkaian generasi keempat MPV Kia Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) semalam.

Untuk itu, varian Kia Carnival 2024 CKD kini dikurangkan kepada tiga varian: Kia Carnival 2.2D (11-tempat duduk), 2.2D (8 - tempat duduk) dan 2.2D (7 - tempat duduk).

Berikut adalah harga setiap varian:

image.png

Difahamkan, Dinamikjaya telah menggugurkan model pertengahan  2.2D 8-tempat duduk daripada senarai yang dikemaskini itu.

Malah, harga bagi varian yang dikemaskini itu kini dilihat lebih rasional.

Secara mekaninal, kesemua varian kini masih menggunakan enjin turbo diesel 2.2 liter dimana ia menghasilkan kuasa setakat 199 hp dan tork 440 Nm.

image.png

Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan.

Antara penambahbaikan yang dilakukan untuk varian 7,8 barisan tempat duduk ialah ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 19-inci dengan kemasan berwarna hitam.

Bagi bahagian kabinnya pula, kedua-dua varian tersebut dihiasi dengan kemasan kulit berwarna hitam dan kelabu.

Selain itu, antara kemasan yang dibuat ialah ia masih menawarkan bumbung panaromik berkembar, pintu gelangsar dan but belakang jenis berkuasa selain terdapat fungsi pemanas tempat duduk. 

image.png

Antara ciri lain ialah ia didatangkan dengan lampu depan/belakang  jenis LED, skrin infotainment bersaiz 12.3 inci  yang disambungkan dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya pula, ia didatangkan secara standard dengan tujuh beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Brek Berbilang Pelanggaran (MCB), cagak ISOFIX, Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM).

image.png

Bagi yang berminat empat warna ditawarkan untuk Kia Carnival CKD: Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Gray dan Jet Black.

Sehubungan itu, tempahan untuk Kia Carnival 2024 sudah dibuka menerusi pengedar sahnya di seluruh negara.

image.png

Seperti biasa, Kia Carnival 2024 CKD ini didatangkan standard dengan jaminan pengeluar selama lima tahun, dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), selain ditawarkan pakej servis penyelenggaran percuma lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Gallery

Tag:

Kia Carnival 2.2D 7-seater (High)
2022 Kia Carnival 2.2D 8-seater Mid
Kia CarnivalMPV
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., memperkenalkan Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran Malaysia.

28-07-2022
Berita Auto

24-08-2022
Pandu Uji

03-08-2022
Berita Auto

28-11-2025
Pandu Uji

08-02-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
Kereta Baru

20-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026